“Jebat Tak Akan Pernah Dapat Ibu Yang Terbaik Macam Nabila”

Kemelut antara Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya, Noor Nabila akhirnya bertemu titik noktah apabila mereka disahkan berc3rai secara hak4m pada 9 Julai lalu di Mahkam4h Tinggi Syar1ah Kuala Lumpur.

Meskipun tidak lagi bergelar suami isteri, namun netizen gembira melihat Sharnaaz dan Nabila yang tetap mengekalkan hubungan baik demi anak mereka, Jebat Jayden.

Baru-baru ini, Nabila telah diundang sebagai tetamu menerusi rancangan Wanita Hari Ini (WHI) bagi berkongsi kisah kehidupannya membesarkan anak bersama bek4s suami.

Ramai yang tersentuh melihat kematangan masing-masing dalam membesarkan anak tersayang. Lebih tersentuh hati, apabila Sharnaaz memberikan ucapan kepada Nabila bahawa dia adalah ibu yang terbaik buat anak mereka.

“Jebat tak akan pernah dapat mak yang terbaik macam Nabila,” katanya.

Nabila juga sempat menitipkan ucapan terima kasih buat Sharnaaz kerana selama ini tidak pernah satu hari pun mengabaikan anak mereka serta menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab.

“Terima kasih kepada Sharnaaz kerana tak pernah ada satu hari yang dia abaikan Jebat Jayden,” katanya.

Nabila turut mendoakan agar kedua mereka akan mendapat kebahagian bersama walaupun kini sudah tidak sehaluan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:ROTIKAYA

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*