Aaron Aziz Tunjuk Baki Duit Dalam Akaun Bank Tapi Benda Lain Yg Netizen Bahan

Terlalu ramai yang menganggap kehidupan sebagai seorang artis penuh dengan kemewahan. Mungkin benar untuk segelintir daripada mereka, tetapi pastinya tidak semua.

Seperti pekerjaan-pekerjaan tidak tetap lainnya, menjadi seorang artis memerlukan kerja keras untuk saling bertanding merebut peluang, tidak kiralah sebagai penyanyi, pelakon, pengacara, pemuzik dan yang bekerja di belakang tabir.

Mungkin itu yang hendak dikongsikan secara simbolik oleh pelakon dan produser Datuk Aaron Aziz apabila dia berkongsi satu entri menunjukkan ‘baki’ di dalam satu akaun bank.

“Ramai orang suka tayang kemewahan. Saya nak kongsi ke tak mewahan. Artist pun manusia biasa. Cari rezeki sama jugak.

“Bagi tips sikit boleh order makan apa eh dengan RM40 untuk 4 orang?” tulisnya yang cukup terkenal dengan tanda pagar yang digunakan untuk menyampaikan maksudnya seperti #Abgcumanakbagisemangat, #Abgbagikatanak, #AbgbagikatMakygtengahsakit dan lain-lain lagi.

Biarpun secara simbolik dan ada sedikit nada bergurau, ternyata ramai peminat yang meninggalkan komen seolah-olah faham apa yang cuba disampaikan oleh pelakon kacak ini.

Bulan lalu Aaron berkongsi rasa berat hati untuk melepaskan anak sulungnya Danish Anaqi, 16, menyampung pelajaran ke Jepun.Aaron yang mendirikan rumah tangga dengan Datin Diyana Halik turut mempunyai dua lagi cahaya mata, Dwi Ariana, 14, dan Dahlia Arissa, 10.

Sumber : GEMPAK

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*