“Kau Hidup Pun Makan Duit Har4m Sebab Tak Ada Bakat,” – Dapat DM C4ci Mak1Hingga… , Ini Balas Nabila Razali

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali ada berkongsi  paparan skrin mesej yang dikirimkan seorang pengguna Instagram kepada dirinya.

Nabila Razali sedih apabila ada netizen yang mengecam serta mempertikaikan bakat nyanyian dan lakonannya dalam industri muzik tanah air.

Malah lebih teruk lagi, Nabila didakwa telah menggunakan cara yang tidak sen0noh untuk diterima berlakon dalam sebuah stesen televisyen.

Sarat dengan pelbagai kata kej1 dan c4c1 mak1, teks yang diberikan itu antara lain mempersoalkan penglibatan Nabila dalam dunia lakonan meski tidak punya bakat selain didakwa ‘mencuri’ hak orang lain yang lebih berbakat.

“Kau hidup pun makan duit har4m sebab tak ada bakat. Curi hak orang berbakat. Kenapalah kau ni tak mamp0s je!

“Bertudung pun tak ikhlas, pakai baju tudung singkat, baju ketat nak ng0rat jantan… dasar pel4cvr!,” itu antara kata kurang menyenangkan dari akaun yang menggunakan foto binatang tersebut.

Kata-kata kes4t itu diterima Nabila di dalam mesej peribadi (DM) yang dihantar oleh seorang pengguna laman sosial yang menggunakan nama akaun @nobody! melalui Instagram miliknya.

Tambah netizen itu lagi dalam DM yang dihantar panjang lebar, dia mendakwa rakan-rakan seperjuangan Nabila di Akademi Fantasia 2013 (AF2013) tidak mahu berkawan dengannya.

“Memang patut kawan AF kau mengata kau sebab mereka pun tak sanggup nak berlakon ‘fake’ dekat kau lah ‘chipmunk’ (panggilan netizen kepadanya),” katanya.

Pelantun lagu Peluang Kedua itu mendedahkan paparan skrin tersebut di sebuah entri IG.

 

Bagaimanapun, Nabila menerusi ruangan kapsyen tidak melenting, sebaliknya rasa sedih seterusnya akui tidak pernah menafikan rezeki sesiapa.

“SubhanAllah… Sesungguhnya saya tidak pernah mempersoalkan rezeki orang lain. This is really sad…,” tulisnya pada entri yang disekat akses ruangan komen itu.

Foto: Instagram Nabila Razali

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://trendinggiler.pw/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*