Nabila Tulis Status, ‘Semoga Yg Terbaik Sahaja Untukmu Adikku’. Sekali Catriona Ross Bagi Komen Begini

Pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa dikata sudah dirisik oleh guru, pelakon dan pendakwah, Hariz Ismail atau PU Riz dalam satu majlis sederhana yang berlangsung di kediaman keluarga selebriti dan ahli perniagaan itu.

Sebelum itu, tular di media sosial apabila ramai warganet membuat perkongsian gambar Neelofa dan PU Riz berpakaian warna sedondon termasuk ucapan tahniah buat pasangan sejoli berkenaan.

Difahamkan, majlis yang berlangsung pada petang tadi itu bukanlah majlis pertunangan seperti yang didakwa ramai pihak, meski pun pada mulanya menjadi tanda tanya apabila Neelofa membuat perkongsian ringkas di Instagram Story pada pagi tadi yang dianggap ada kaitan dengan majlis berkenaan.

” Semoga hari ini, kita diberkati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan.

” Terima kasih Allah kerana menyempurnakan perancangan ini. (Senyuman di sebalik niqab),” tulisnya.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian ditulis ibu Neelofa iaitu Noorkartini di Instagramnya umpama menjelaskan situasi sebenar mengenai ikatan hubungan anaknya itu dan PU Riz.

Hantaran Nabila curi tumpuan, peminat siap doakan Nabila sekali.

Malah bukan Noorkartini sahaja, beberapa ahli keluarga lain turut berkongsi berita gembira itu.

Noornabila yang juga kakak kepada Neelofa dilihat turut memuatnaik kata-kata ucapan kepada adiknya itu

” Semoga hanya yang terbaik sahaj untukmu adikku,” tulis Nabila disertai dengan emoji tanda hati.

Nabila turut berkongsi gambar beliau bersama Neelofa dan PU Riz.

Menariknya, perkongsian Nabila itu telah mendapat reaksi warganet yang rata-rata meninggalkan komen mendoakan agar Nabila turut mendapat (jodoh) yang terbaik untuk dirinya.

Bukan sahaja warganet, malah rakan artis iaitu pelakon Catriona Ross turut dilihat menulis komen buat Nabila.

” Alhamdulillah. Moga yang terbaik saja untuk Lofa dan untuk Bella jugok,” tulis Catriona disusuli emoji tanda hati.

Rata-ratanya juga mahu melihat Nabila turut dipertemukan jodoh satu hati nanti dan mendoakan Nabila bertemu dengan lelaki yang dapat membahagiakannya.

” Alhamdulillah tahniah buat Lofa dan PU Riz. Semoga berakhir ke jinjang pelamin..hampir menangis baca berita ini. Next, tak sabar nak tengok Nabila pulakkk,” tulis Ekudz.

Umum mengetahui Nabila baru sahaja bercrai dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia dua tahun.

Nabila yang ditemui sebaik proses percraian itu berakhir berkata isu beliau dan Sharnaaz dapat diselesaikan dengan baik dan harmoni.

” Saya dan Sharnaaz pun baik dan kami buat benda itu untuk anak kami.” kata Nabila.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Semoga hanya yang terbaik sahaja untukkmu adikku ❤️

Siaran dikongsi oleh Noor Nabila (@noornabila) pada

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : asiakini

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*