Neelofa Sah Dirisik PU Riz, Rupanya Individu Ini Dah Dedah 15 Bukti Mereka Bercinta

Kuala Lumpur: Pengacara terkenal, Neelofa dikata sudah dirisik oleh guru, pelakon dan pendakwah, Hariz Ismail atau PU Riz dalam satu majlis sederhana yang berlangsung di kediaman keluarga selebriti dan ahli perniagaan itu.

Terdahulu, tular di media sosial apabila ramai warganet membuat perkongsian gambar Neelofa dan PU Riz berpakaian warna sedondon termasuk ucapan tahniah buat pasangan sejoli berkenaan.

Difahamkan, majlis yang berlangsung pada petang tadi itu bukanlah majlis pertunangan seperti yang didakwa ramai pihak, meski pun pada mulanya menjadi tanda tanya apabila Neelofa membuat perkongsian ringkas di Instagram Story pada pagi tadi yang dianggap ada kaitan dengan majlis berkenaan.

“Semoga hari ini, kita diberkati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan.

“Terima kasih Allah kerana menyempurnakan perancangan ini. (Senyuman di sebalik niqab),” tulisnya.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian ditulis ibu Neelofa iaitu Noorkartini di Instagramnya umpama menjelaskan situasi sebenar mengenai ikatan hubungan anaknya itu dan PU Riz.

“Bismillahirrohmannirohim, Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, syukur pada mu Ya Rabb, saat yang ku tunggu-tunggu sudah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yang bakal membimbing bidadari kesayanganku.

“Aku yakin dengan ketentuanmu yang mana insan ini dapat membahagiakanya, menyerikan dan yang akan melengkapi hidupnya, yang akan menyokongnya setiap apa utusannya.

“Ya Allah, jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu di syurga mu nanti, amin,” tulisnya.

Noorkartini juga berkata dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak perempuan kesayangannya itu.

Bagaimanapun, usaha Harian Metro untuk mendapatkan penjelasan daripada pasangan terbabit belum berjaya.

B0ngkar Kisah Cinta ‘Sembunyi’ Neelofa & PU Riz, Netizen Dedahkan Teka-Teki Perhubungan Mereka

Sebelum ini, tercetus desas desus mengatakan selebriti dan usahawan popular, Neelofa menjalinkan hubungan cinta bersama pendakwah bebas, iaitu Haris Ismail atau PU Riz.

Ini kerana banyak ‘hint-hint‘ kecil yang diberikan oleh kakaknya, Noor Nabila Mohd Noor dan kawan baiknya, Rosix menerusi IG Story dan laman Youtube mereka.

Sebagai seorang selebriti yang terkenal dan menjadi inspirasi kepada ramai orang di luar sana, sudah tentu peminat dan netizen tertanya-tanya mengenai perhubungan mereka berdua meskipun Neelofa menafikan perkara itu.

Tidak berdiam diri, salah seorang pengguna di laman sosial Twitter @NamiwaAbameed turut memberikan ‘kronologi’ bahawa dia yakin pengacara dan pendakwah bebas itu menjalinkan hubungan cinta.

Itu ciapan yang dimuat naik oleh @NamiwaAbameed. Bukan itu sahaja, pengguna Twitter ini juga turut mendedahkan ‘bukti-bukti’ yang mengukuhkan kenyataanya itu.

 

Bukan itu sahaja, Neelofa dilihat baru sahaja memuat naik gambar di Instagramnya, bersama kelibat seorang jejaka disebelahnya yang memakai baju sedondon putih coklat bersama. Adakah itu PU Riz aka kekasih hati Neelofa? Jeng jeng jeng….

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

spot my Nilofa Milk !

Siaran dikongsi oleh Neelofa (@neelofa) pada

Demikian ‘kronologi’ kisah percintaan Neelofa yang tidak pasti kesahihanya, tapi yang pasti, mereka berdua dilihat sangat sepadan! Ibarat kata pepatah ‘bagai pinang dibelah dua’.

Mari lah sama-sama kita nantikan berita gembira yang mungkin akan diumumkan Neelofa tidak lama lagi.

Memetik temubual bersama Berita Harian terdahulu, Neelofa berkata, dia tidak akan menyembunyikan jika sudah menjumpai pilihan hatinya, sekali gus pasti akan berkongsi hari bahagia sekiranya sudah tiba jodoh.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : Hot.FM

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*