[VIDEO] Lara Alana Nak Adik Perempuan Tapi Larang Bagi Nama Macam Ni

Pada November 2020, usia keham1ilan anak kedua pelakon dan peragawati Scha Al-Yahya dan suaminya pengacara Awal Ashaari akan menginjak kepada 7 bulan.

Umum mengetahui, pada usia berkenaan juga jantina bayi dalam kandungan itu sudah boleh dilihat menerusi ujian imbasan yang dilakukan di klinik atau hospital.

Dalam satu muat naik di laman Instagram Scha baru-baru ini, beliau telah memaklumkan perkara berkenaan selepas soalan itu diajukan oleh salah seorang peminat.

Namun, menurut Scha secara jujurnya beliau tidak mahu menyembunyikan jantina anak kedua mereka itu sebaliknya memaklumkan doktor yang merawat masih lagi tidak nampak sebarang tanda sama ada bayi tersebut lelaki atau perempuan.

Turut menyertai program itu anak sulungnya Lara Alana, yang mendapat soalan sama ada beliau mahukan adik perempuan atau lelaki.

“I want girl because I like girls,” ujar Lara

Sementara itu menerusi satu tulisan Berita Harian, Lara kini sedang dalam fasa untuk menyesuaikan diri.

“Lara kini sedang dalam proses nak sesuaikan diri. Dia seperti takut untuk berkongsi. Apabila teringat, dia akan tanya macam-macam. Antaranya, bila adik lahir, apakah saya dan Scha akan belikan mainan untuknya,” jelas Awal

Apa yang menarik perhatian adalah Lara turut melarang pasangan itu untuk meletakkan pangkal nama adiknya dengan huruf ‘L’.

Mungkin Lara rasa seperti tergugat dan bimbang seolah-olah kasih sayang terhadapnya akan berkurangan apabila ada adik kan?

Apa-apa pun masih belum terlambat untuk min ucapkan tahniah buat kedua pasangan itu dan semoga proses kelahiran Scha nanti akan dipermudahkan..

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thank you all for watching. I had a great time chatting with all of you 💖

Siaran dikongsi oleh Scha Alyahya™ (@schaalyahya) pada

Sumber daripada: Instagram Scha Al-Yahya & Berita Harian

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : HOT.FM

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*