“Nyanyi Ni, Bila Kau Sh0w Off Lebih Sangat…” – Alamak! Aepul Roza ‘Sek0lahkan’ Nuha?

Nama peserta sebuah program nyanyian, Nuha Bahrin secara tiba-tiba ‘meledak’ di media sosial sejak semalam.

Semuanya gara-gara nyanyian yang dikatakan agak berlebihan hingga merosakkan lagu Kau Kekasih Awal dan Akhir nyanyian asal Jamal Abdilah.

Menerusi pemantaun Gempak di Twitter, rata-rata netizen mengecam gaya nyanyian berkenaan, malah ada yang menggelarnya seperti sedang ‘dirasuk’.

Selain netizen, vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza turut menyuarakan pandangannya terhadap persembahan bakat baru tersebut.

Menerusi satu posting di Twitter, Aepul menjelaskan nyanyian sepatutnya tidak perlu berlebihan atau ‘show off’.

“Nyanyi ni, bila kau show off lebih sangat, dia jadi macam tonton gimnastik. 

“Tengok orang buat benda yang kau takkan boleh buat. 

“Tapi yang ni….gimnastik salah landing?,” katanya.

Anda boleh lihat posting tersebut di bawah.

 

Namun, dalam pada ramai yang mengecam, masih ada juga berpandangan positif dan mahukan Nuha belajar daripada kesilapan itu.

“I rasa dia boleh menyanyi tapi mungkin cara dia bawa lagu tu salah. Kena banyak belajar lagi,” kata seorang netizen.

“Banyak lagi kena belajar, vokal akrobatik ni kena kawal betul-betul kalau tak jadi over,” kata seorang lagi netizen.

Untuk rekod, Nuha sebelum ini pernah viral apabila video dia menyanyi lagu Hurt telah mendapat perhatian penyanyi asal Christina Aguilera.

Malah, penyanyi antarabangsa itu turut berkongsi semula video nyanyian Nuha di instagramnya.

Anda boleh lihat posting yang dibuat Christina di bawah.

 

Nuha Bahrin akan belajar kawal emosi ketika menyanyi

Penyanyi baharu Nuha Bahrin menerusi rancangan nyanyian Vokal Mania yang berlangsung pada malam, Sabtu lalu mendapat kritikan netizen di laman sosial.

Rata-rata mereka menegur vokal Nuha yang disifatkan tidak kemas dan ada juga segelintir berpendapat bahawa nyanyiannya seperti menjerit.

Biarpun berasa sedih dengan kritikan tersebut namun Nuha mengakui kesilapan tidak memberikan persembahan yang baik pada malam tersebut disebabkan terlalu gementar.

“Saya setuju dengan semua komen dan kata-kata netizen mengenai persembahan saya di Vokal Mania. Sejujurnya, ia bukan persembahan yang terbaik saya.

Antara komen netizen di laman sosial.

 

“Ketika buat latihan, saya dah lakukan dengan betul tapi bila tiba masa… saya terlampau gementar sehingga membuat persembahan secara berlebihan.

“Sebagai manusia biasa, sudah tentu saya sedih membaca komen negatif tapi saya terima semuanya sebab memang betul apa yang mereka katakan,” kata Nuha kepada mStar.

Dalam pada itu, Nuha mengambil segala kritikan sebagai pembelajaran serta pembakar semangat untuk dirinya melakukan yang lebih baik di masa hadapan.

Bagaimanapun, Nuha tetap meluahkan rasa syukur atas sokongan daripada peminat yang sentiasa memberi kata-kata positif kepadanya.

“Segala kritikan dan komen itu saya ambil secara positif… saya ambil sebagai pembelajaran, nasihat dan pembakar semangat untuk lakukan yang lebih baik selepas ini.

 

Nuha sentiasa belajar untuk memperbaiki kelemahannya.

“Saya akan sentiasa belajar dan keep on practicing. Perbaiki kelemahan saya dan buat yang terbaik lepas ini. Saya juga belajar untuk jaga emosi.

“Apa-apa pun, Alhamdulillah… saya sangat bersyukur masih ada peminat yang menyokong saya. Ada yang menganggap saya mempunyai potensi dalam industri,” ujarnya.

Sumber: Gempak via Mstar

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://trendinggiler.pw/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*