Kena heret ke mahkamah, Sekali Dato Vida dedah Cik B dan Kacak Vida takut jumpa bapa

Mohd Amin Yasin, 42, bekas suami usahawan kosmetik Hasmiza Othman, membuat tuntutan hadhanah di Mahkamah Syariah Kota Bharu, hari ini.

Mohd Amin yang juga seorang peniaga diwakili peguamnya, Mohd Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah memfailkan tuntutan hadhanah (hak lawatan, bermesra dan bermalam) bersama anak-anak.

Pada prosiding berkenaan, Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Abu Bakar Abdullah Kutty menetapkan 25 November ini untuk sebutan semula kes.

Menurutnya, mahkamah tidak akan membuat sebarang keputusan hari ini sehingga mendengar dan prosiding dihadiri kedua-dua belah pihak.

Mohd Amin berkahwin dengan Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida pada tahun 2000 dan bercerai pada 2008.

Mereka dikurniakan empat cahaya mata, namun anak pertama dan kedua mereka men1ngg4l dunia dalam kejadian kebakaran rumah pada 3 Ogos 2013.

DSV Tampil Bersuara

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida tidak pernah mengh4lang dua anaknya, Edlynn Zamilleen, 15, atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan,13, atau lebih dikenali sebagai Kacak untuk bertemu bapa mereka.

Vida ketika dihubungi berkata, bagaimanapun Cik B dan Kacak yang tidak mahu berjumpa dengan bapa mereka kerana takut.

“Saya tak pernah halang, tapi mereka yang tak mahu berjumpa kerana takut. Buat masa ini, untuk keselamatan Cik B dan Kacak, lebih baiklah tak payah jumpa,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya kenapa Cik B dan Kacak takut berjumpa bapa mereka, Vida enggan mengulas lanjut.

“Saya tak mahu besarkan cerita, lebih baik saya diam saja. Selama ini pun, dia ada menghubungi pembantu peribadi saya meminta wang,” katanya.

Terdahulu, bekas suami Vida iaitu Mohd Amin Yasin, 42, menerusi peguamnya, Mohd Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah memfailkan tuntutan hadhanah (hak lawatan, bermesra dan bermalam) dengan dua anak, Cik B dan Kacak di Mahkamah Syariah Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Vida berkata, dia hanya mengetahui tuntutan bekas suaminya itu menerusi media, hari ini.

Mengulas mengenai sebutan semula kes yang ditetapkan mahkamah pada 25 November ini, Vida berkata, dia perlu berbincang dengan peguamnya dulu.

Mohd Amin mendakwa kali terakhir dia bertemu dua anaknya itu pada Mei 2018 di ibu pejabat Vida Beauty Sdn Bhd di Ipoh, Perak dan perjumpaan itu hanya 15 minit sahaja.

Katanya, dia amat merindui dua anaknya itu dan hanya mengetahui perkembangan terkini mereka melalui media sosial dan televisyen.

Mohd Amin berkahwin dengan Vida pada 2000 dan mereka dikurniakan empat anak iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Edlynn Zamilleen dan Muhammad Eric Zaquan.

Namun, dua daripada anak mereka men-inggal dunia pada 2013. Mohd Amin dan Vida bercerai pada 2008 selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://trendingsangat.pw/https://www.limaumanis.net/2020

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*