Inilah Harta Kekayaan Raja Thailand Yang Ramai Tidak Tahu!

Bangkok: Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn yang mencetuskan kontrov3rsi sejak menaiki takhta kini dilaporkan antara pemerintah paling kaya di dunia.

Ia menimbulkan tanda tanya ramai pihak berhubung sumber kekayaan itu.

Ini kerana raja berusia 68 tahun itu sudah berkahwin sebanyak empat kali dan mempunyai seorang gundik diraja lebih banyak menghabiskan masa di Jerman berbanding berada di negara sendiri.

Kekayaan Vajiralongkorn, menurut LA Times dipercayai mengatasi Raja Arab Saudi, Sultan Brunei dan keluarga diraja Britain.

Ia mengundang demonstrasi di negaranya sendiri apabila rakyat menuntut penjelasan bagaimana pewaris monarki itu dapat mengumpulkan kekayaan luar biasa.

Selain itu, rakyat juga meminta supaya perubahan dalam sistem monarki di Thailand termasuk berhubung pembiayaan kehidupan mewah raja mereka di luar negara.

Pada 2017, kerajaan meluluskan satu undang-undang baharu yang memberi Vajiralongkorn penguasaan penuh terhadap aset diraja yang dianggarkan bernilai berbilion dolar.

Ia membolehkan pemilikan harta yang sebelum ini diletakkan di bawah kawalan Biro Hartanah Diraja (CPB) dipindahkan kepada raja berkenaan.

Undang-undang itu dianggap langkah terbaharu Vajiralongkorn untuk meluaskan kuasanya dan mewarisi peninggalan harta susulan kemati4n bapanya, Raja Bhumibol Adulyadej pada 2016.

Keluarga diraja Thailand diketahui umum dilindungi menerusi undang-undang mengh1na raja yang ketat dan tidak diwajibkan untuk mengisytiharkan harta.

Penganalisis menganggarkan harta pew4ris dinasti Chakri itu antara AS$30 bilion (RM128 bilion) dan AS$60 bilion (RM257 bilion) merangkumi pemilikan hartanah dan pelaburan di syarikat utama dunia.

Pelaburan terbesar CPB merangkumi Siam Commercial Bank dan Siam Cement Group di mana konglomerat itu menguasai 34 peratus saham dengan kedua-duanya bernilai AS$8 bilion (kira-kira RM33 bilion) pada akhir tahun lalu.

Biarpun terjejas akibat pandem1k Cov1d-19, dividen daripada dua entiti berkenaan memberikan sejumlah AS$342 juta (kira-kira RM1.41 bilion) kepada Vajiralongkorn pada 2019.

Menurut jurnal yang ditulis seorang ahli akademik Thailand Porphant Quyyanont, pemerintah itu mempunyai beberapa aset.

Antaranya pemilikan tanah termasuk 5.5 juta batu persegi di lokasi yang mempunyai nilai sewa tinggi di Bangkok.

Katanya, tanah terbabit bernilai AS$32 juta (kira-kira RM134 juta) pada 2015 namun hanya sebahagian kecil daripadanya dipajak untuk tujuan komersial.

Vajiralongkorn juga mempunyai vila di tepi tasik di Munich dan menyewa hotel di Pergunungan Alps, lokasi pelancongan mewah di dunia.

Bagi banyak pihak, kehidupan baginda dilihat jauh berbeza berbanding bapanya yang dikenali sebagai raja yang begitu bersederhana dan disayangi rakyat.

Vajiralongkorn menerima pendidikan di sekolah berasrama di Britain dan menuntut di akademi tentera di Australia.

Selepas mewarisi takhta, baginda mengubah undang-undang yang membenarkan pentadbiran negara dilakukan dari luar negara atau lebih tepat lagi di Jerman.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HM

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*