
Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila bekas suami usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Mohd. Amin Yasin menfailkan tuntutan hadhanah terhadap dua anak mereka Cik B dan Kacak.
Tak Bagi Nafkah Anak
Terbaru, Vida mendakwa bekas suaminya itu tidak memberi nafkah bulanan kepada empat anak mereka sejak mereka berp-isah pada tahun 2008 iaitu 12 tahun lalu.
Empat anak pasangan itu ialah Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Edlynn Zamileen (Cik B) dan Muhammad Eric Zaquan (KaccaK).
Muhammad Eddie Zuhdie, 11, dan Muhammad Edrie Zikrie, 10, meningg4l dunia dalam keb4karan di rumah ahli perniagaan itu di Meru Hill, Ipoh pada 2013.
Vida berkata, beliau sudah melantik peguam bagi berdepan tuntutan hadhanah yang difailkan bekas suaminya. Ujarnya, dia sedia untuk bersemuka dengan bekas suami demi keselamatan anak-anaknya.
Sedia Berdepan Dgn Bekas Suami
“Saya sedang berbincang dengan peguam. Sekiranya perlu, saya akan hadir ke mahkamah untuk bersemuka demi keselamatan anak-anak,” katanya.
Terdahulu, Mohd Amin mendakwa dihalang untuk berjumpa dua anaknya dan kali terakhir bertemu mereka pada Mei 2018 di ibu pejabat Vida Beauty di Ipoh, Perak dan hanya berjumpa selama 15 minit
“Tak Ada Masalah Kalau Abah Nak Jumpa, Tapi Harap Dia Dah Berubah”-Cik B
Tampil memberi kenyataan mengenai perkara itu, Cik B berkata dia tidak mempunyai masalah untuk bertemu dengan bapa kandungnya, Mohd Amin Yasin, namun dia berharap bapanya yang dipanggil ‘Abah’ itu sudah berubah dan tidak lagi seperti dahulu.
“Saya tak ada masalah nak jumpa abah, tapi untuk bermalam macam yang dinyatakan dalam tuntutan Hadhanah tu, mungkin tidak kot. Sebab saya akan rasa awkward kalau bermalam dengan abah, sebab tak biasa kan…Insya-Allah, kalau abah nak berjumpa saya okay sahaja.
“”Cuma satu, saya harap sangat abah benar-benar sudah berubah dan kalau dia dah berubah, buktikanlah kepada saya dahulu. Tak mahulah macam dulu, jumpa saya tapi lepas tu suruh minta duit kat mama,” katanya.
Mengetahui mengenai tuntutan yang dibuat bapanya itu selepas diberitahu oleh salah seorang kakitangan DSV, Cik B berkata ibunya tetap tenang selepas mendengar tentang berita tersebut.
Berikutan bapanya dikec4m teruk oleh netizen, Cik B berkata dia tidak mar4h kerana tidak membaca komen negatif. Namun baginya, segala apa yang dikatakan netizen mungkin kerana mereka mengambil berat akan dirinya.
“Saya tak marah sebab saya tak baca komen negatif, saya just let it be. Cuma mungkin saya rasa mar4h pada diri sendiri sebab pernah tulis dekat Twitter tentang masalah keluarga yang sepatutnya menjadi privasi.
“Disebabkan itu ramai yang mengungkit dan korek balik kisah lalu. Saya tak ada rasa apa-apa pun, tapi netizen yang tertekan.
“Mereka ambil berat tentang saya, tak apalah…Saya okay tak ada trauma, cuma mungkin kesan tersebut lebih kepada diri mama. Mama yang lalui kisah perit dalam hidupnya dulu,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : http://trendingsangat.pw/dato-vida-cik-b-suami/
Leave a Reply