“Macam Ni Lah Diva,” – ‘See His Level’, Penampilan Azwan Ali ‘Live’ Di TV3 Jadi Buah Mulut, Ada Yg Terperasan Sesuatu

Tampil dengan penampilan yang lebih segar, Azwan Ali atau sinonim dengan panggilan Diva AA yang muncul secara langsung menerusi program hiburan realiti, Lagu Cinta Kita 2 mencuri perhatian ramai.

Mengenakan sut dalam rona coklat lengkap bersama ‘bow-tie’ serta cermin mata sebagai pelengkap gaya, figura sensasi ini dilihat serasi bersama hos tetapnya, Elly Mazlein.

Malah menerusi Instagram TV3 Malaysia, rata-rata wargamaya memuji penampilan Azwan yang dilihat secocok dengan kredibilitinya sebagai hos terkenal sebelum ini.

Sehinggakan, ada di antara mereka yang mengimbas kembali nostalgia ketika Azwan mengendalikan program Muzik-Muzik dan Juara Lagu sebelum ini.

Terdahulu, program ‘music dating’ yang Diadaptasi daripada program popular CJ ENM, ‘Love At First Song’ ini bersiaran secara langsung di TV3 setiap Ahad, pukul 9.00 malam selama 8 episod.

Difahamkan juga, Elly Mazlein juga akan digandingkan dengan pasangan hos yang berlainan iaitu Michael Ang dan Azwan Ali sehingga bintang tersebut menemui pasangan pengacara serasi.

Lagu Cinta Kita 2 masih mengekalkan Hael Husaini sebagai juri tetap bersama gandingan baru, Mas Idayu.

Setiap minggu mereka akan ditemani seorang juri jemputan.

Juara program ini bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 50,000, naib juara RM 30,000, tempat ketiga RM 20,000 dan tempat keempat dan kelima masing masing membawa pulang RM 15,000 dan RM 10,000.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Vass ke tidak pengacara kita malam ni? @iamellymazlein @divaazwanaavazzztersohor1 see my level! #LaguCintaKita2 #AzwanAli2020 ▶️ Strim LIVE HD di tonton.com.my

Siaran dikongsi oleh tv3malaysia (@tv3malaysia) pada

Foto: Instagram TV3 Malaysia

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : MH

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*