Ibu Terkeejut Kereta Mainan Anak Dah Lama Lingkup Tiba-Tiba ‘Hidup’..

KISAH anak patung permainan bergerak sendiri pernah kita dengar sebelum ini, tapi bagaimana pula kalau kereta mainan yang sudah ros4k tiba-tiba berbunyi?

Itulah yang dialami seorang ibu dua anak yang dikejutkan dengan bunyi kereta mainan yang sudah ros4k dalam kejadian pada tengah malam.

Menurut Farhanny Ami Murad, peristiwa itu berlaku semasa dia ingin pergi ke tandas kira-kira pukul 4 pagi pada 1 November lalu.

“Masa tu saya nak pergi tandas. Elok je buka pintu bilik, kereta mainan tu elok je berlagu.

Kejadian p3lik ini berlaku buat kali kedua sejak mereka berpindah ke rumah baharu sebulan yang lalu.

“Dah lah tu ‘dia’ park betul-betul depan pintu bilik. Saya pun buat-buat tak tahu dan cepat pergi tandas,” katanya kepada mStar.

Tambah Farhanny, dia berasa hairan kerana kereta mainan anaknya yang sudah ros4k itu tiba-tiba mengeluarkan bunyi.

“Kereta tu dah berusia tiga tahun lebih… daripada anak sulung kemudian turun pula ke si adik. Jadi memang dah lama ros4k.

“Malam tu si adik tekan banyak-banyak kali tapi memang tak bunyi. Jadi dia pun tinggal merata-rata.

“Bateri pun memang lama dah tak elok. Tu yang saya p3lik bila tiba-tiba berbunyi semula,” katanya.

Jelas wanita berusia 29 tahun itu, peristiwa berkenaan bukan kali pertama berlaku sejak mereka sekeluarga berpindah ke rumah baharu dekat Puchong, Selangor kira-kira sebulan yang lalu.

Farhanny membuat perkongsian tersebut sekadar untuk suka-suka.

“Sebenarnya ini kejadian kedua. Kali pertama kereta tu tiba-tiba bergerak sendiri dekat dapur.

“Masa tu saya tengah mandi time Maghrib. Tiba-tiba dengar kereta tu bergerak perlahan-lahan.

Saya ni pun jenis lem4h semangat tapi buat-buat berani jugalah. Nak masuk bilik tu saya ketuk kuat-kuat, terus dia diam.

FARHANNY AMI MURAD

Suri rumah

“Saya ingatkan si adik yang main tapi bila saya panggil nama dia tak menyahut. Saya intai dari pintu tengok kereta tu elok je kat dapur,” katanya.

Sebaik sahaja keluar dari tandas, Farhanny berkata kereta mainan itu masih lagi berbunyi sehingga memaksanya untuk melakukan sesuatu.

“Masa saya keluar tandas pun elok je dia berlagu… lama jugalah dalam empat minit.

Antara komen netizen pada posting tersebut.

“Saya ni pun jenis lemah semangat tapi buat-buat berani jugalah. Nak masuk bilik tu saya ketuk kuat-kuat, terus dia diam,” katanya.

Perkongsian Farhanny mengenai kejadian aneh di grup Facebook Anak Sepahkan Apa Hari Ini? menjadi tular dan mendapat pelbagai respons dalam kalangan netizen.

Beberapa netizen turut dilihat berkongsi kisah seram menimpa mereka.

 

Sumber: mStar!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*