Kahwin Sesama Jenis –

Dunia hiburan Indonesia memang tidak pernah surut dengan pemberitaan sensasi dan di luar jangka.

Terkini, sejak semalam viral berita perkahwinan sesama jenis seorang selebriti media sosial yang terkenal di laman Bigo, Key Ikeyda.

Key Ikeyda diketahui umum merupakan seorang lelaki yang cuba menjadi wanita termasuk dari segi fizikal dan penampilannya.

Semalam dia mengejutkan pengikut di laman sosial Instagramnya apabila memuat naik beberapa momen dirinya dalam majlis akad nikah dengan pasangan yang juga merupakan seorang lelaki.

Tindakannya itu kemudian menimbulkan kemar4han kerana banyak yang sudah tahu dirinya juga seorang lelaki dan mengatakan apa yang dilakukannya sebagai salah serta ‘perkahwinan’ itu tidak sah.

Tidak sedikit juga netizen yang mengingatkan Key Keyda bahawa perbuatan yang dilakukannya iaitu berkahwin sesama jenis salah di sisi Allah dan meminta agar dia bertavbat.

Namun, apa yang mengejutkan, dia yang juga menuliskan namanya sebagai Diah Ayu di Twitter menjawab krit1kan netizen melalui sebuah video berdurasi sekitar 3 minit.

Dengan berpenampilan menggenakan tudung dan baju kurung, Key Ikeyda mengatakan perkahwinan yang dilakukannya adalah sebuah bukti buat keluarga dan masyarakat bahawa dia sudah berusaha keras untuk menjadi perempuan yang lebih sempurna dan meninggalkan masa kelamnya.

“Di sini saya ingin menjelaskan kepada semua masyarakat Indonesia dan sesiapa yang menonton tentang perihal pernikahan saya.

“Bagi saya pernikahan adalah sebuah sejarah penting dan bukan main main.

“Iya, saya memang bukan perempuan yang lazim. Saya jujur saya bukan perempuan yang sempurna sejak lahir. Saya berusaha menjadikan diri sebagai seorang perempuan di mata Allah, keluarga dan semua,” katanya di video yang dimuat naik di akaun Instagramnya, @key_ikeyda.

Menjawab krit1kan masyarakat termasuk mengatakan perkahwinan sesama jenisnya sebagai tidak sah, tanpa menjelaskan secara terperinci tentang proses pernikahan yang berlangsung, dia tetap menegaskan dirinya sebagai seorang wanita yang bernikah dengan kekasih lelaki.

“Sah ataupun tidak sah menurut kalian, tapi saya bukan orang bod*h dan mengerti peraturan.

“Kalau kalian tidak tahu tentang diri saya, tolong hentikannya,” kata Key Ikeyda.

Dia juga mengatakan ingin membuktikan buat keluarga pernikahan adalah titik buatnya menjadi wanita yang terhormat.

“Izinkan saya membuktikan menikah adalah titik akhir bukti buat keluarga. Terlepas dari kehidupan masa lalu, sekarang saya menjadi wanita yang terhormat. 

“Ini adalah pilihan hidup dan tujuan terbaik saya,” kata Key Ikeyda sambil meminta maaf kerana telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat terhadap identitinya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#bigo #bigolive #bigoliveindonesia

Siaran dikongsi oleh Key Ikeyda (@key_ikeyda) pada

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*