Menang Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular, Rupanya Ini Filem Mawar Berlakon

Mawar Rashid mencipta kejut4n apabila memenangi trofi Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Mawar atau nama penuh, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid meleburkan harapan pelakon popular wanita lain seperti Mira Filzah, Nur Fazura, Nabila Huda dan Erra Fazira.

Ini adalah kemenangan sulung Mawar di pentas ABPBH selepas beberapa kali tercalon.

Mawar yang sedang ham1l anak kedua hasil perkahwinannya dengan usahawan, Raf Yaakob mula berhijab sejak sambutan Maal Hijrah, Ogos lalu.

Pada awal pembabitannya, dia pernah digelar ‘Mawar GST’, ketika bersaing pada program pencarian Dewi Remaja, kira-kira lima tahun lalu.

Antara drama lakonan Mawar adalah Tundukkan Playboy Itu, Suamiku Paling Sweet selain filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium dan Bu, Kasih Suci.

“Syukur, Alhamdulillah, saya sebenarnya dalam industri ini ada jatuh bangun. Bagaimanapun, saya terharu kerana ini kali pertama dalam tempoh tujuh tahun dalam industri, saya menang anugerah.

“Saya sangat sebak kerana kemenangan ini adalah disebabkan peminat yang tidak jemu menyokong saya.

“Bagi saya, trofi ini sangat bermakna. Saya berhasrat untuk mengembangkan bakat yang ada, seterusnya membina nama dalam industri.

“Ini adalah rezeki bayi dalam kandungan yang sekarang sudah tujuh bulan. Doakan saya ya.

“Terima kasih kepada peminat yang undi Mawar, TV3 dan rakan media,” katanya.

Pun begitu, sejak diumumkan sebagai pemenang ramai yang mencetuskan tanda tanya filem apakah yang dibintangi pelakon itu sehingga berjaya mengangkat popularitinya.

Pening netizen cari filem apa Mawar Rashid berlakon

Setelah dicari dan mencari, kami berjaya jumpa filem yang dikatakan punca Mawar Rashid menang anugerah tersebut.

Filem itu berada di pawagam pada tahun 2019 dan namanya adalah Bu, Kasih Suci

“Bu Kasih Suci” tiga cerita dalam sebuah filem

Tetapi tidak dapat dipastikan adakah betul 100% filem ini sebenarnya tetapi rasanya ini sahaja filem yang mawar rashid berlakon pada 2019.

Turut mendapat tumpuan adalah Mawar Rashid yang merangkul anugerah Pelakon Filem Wanita Terbaik. Selaku tulang belakang, suami meluahkan rasa bangga melihat pencapaian isteri dalam bidang seni.

Dalam pada itu, Mawar juga sempat berlakon dalam telefilem s3ram berjudul Penaklukan Sy4iitan pada 2019

Selepas Hampir 2 Tahun Berehat, Mawar Rashid Kembali… Tapi Kali Ini Lebih S3ram!

Pelakon Mawar Rashid kembali memeriahkan industri lakonan selepas hampir dua tahun tidak menjayakan sebarang watak.

Menurut Mawar, dia bersedia untuk kembali ke set penggambaran selepas anak sulungnya, Raden Muhammad Rafael berusia tujuh bulan.

“Sebenarnya, sudah hampir dua tahun saya tidak berlakon. Saya mendirikan rumah tangga, selepas itu melalui proses keham1lan dan kini sudah mempunyai seorang anak.

“Sejujurnya, saya tak tetapkan masa bila saya mahu berlakon semula kerana saya mahu melahirkan bayi. Saya sendiri tak tahu perasaan menjadi seorang ibu bagaimana.

“Kini, anak sudah menginjak usia tujuh bulan dan saya sudah bersedia untuk kembali menerima tawaran lakonan. Saya juga tak ris4u kerana ibu membantu untuk menjaga anak saya.

“Alhamdulillah, saya kembali ke set penggambaran menerusi telefilem ser4m yang bersiaran di slot Citra Exclusive berjudul Penaklukan Syaitan arahan Michael Ang,” kata Mawar.

Tambah isteri kepada Raf Yaakob ini, dia menerima tawaran ini kerana mahu bekerja bawah arahan Michael.

“Bila dapat tawaran, saya berfikir sejenak. Lebih-lebih lagi karya ini merupakan karya seram. Saya pula sudah lama tidak muncul di kaca televisyen.

“Tiba-tiba. kembali berlakon dengan naskhah ser4m arahan Michael. Dia pula merupakan seorang pengarah yang teliti.

“Tapi, disebabkan saya nak sangat bekerja dengan Michael, saya terima sahaja tawaran ini.

“Dulu, saya hampir bekerjasama dengan Michael menerusi drama bersiri Hero Seorang Cinderella tetapi akhirnya saya terpaksa tol4k kerana kekangan jadual,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Mawar bakal digandingkan dengan pelakon Hisyam Hamid dalam sebuah drama bersiri 20 episod yang bakal menjalani penggambaran tidak lama lagi.

Fakta Menarik Mengenai Mawar Rashid

1. Berketinggian 1.60 meter.

2. Berdarah kacukan Melayu-Siam.

3. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2014.

4. Bekas peserta pertandingan Dewi Remaja 2014/15 yang mana ketika itu turut disertai Raysha Rizrose, Puteri Aishah, Mimi Lana, Deeba Halil, Balqish Maarif dan Syamim Farid. Mawar meraih undian tertinggi untuk memenangi kategori peserta kegemaran.

5. Pernah tular gara-gara tidak dapat menjawab soalan wartawan berkaitan maksud sebenar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ketika awal perlaksanaannya. Berikutan itu, ada segelintir netizen yang menghentam kononnya dia adalah ‘bimbo’ yang bermaksud ‘cantik tetapi bodoh’. Mawar memohon maaf kerana ketidakpekaannya terhadap perkembangan ekonomi negara.

6. Meminati seni tarian.

7. Sukakan nasi dan masakan pedas.

8. Menyifatkan dirinya seorang yang manja dan mudah terhibur.

9. Takvtkan lipas hingga boleh men4ngis!

10. Pandai bermain gitar.

11. Pandai bercakap dalam bahasa Thai dengan baik.

12. Beberapa drama dibintanginya ialah Super Gameboy, Tundukkan Playboy Itu, 2000km Ke al-Haram, Suamiku Paling Sweet, Dia, Kalis Kasih, Pencuri Cinta Kelas Satu, Isteriku Mem Besar dan Raisha 2.

13. Telefilem lakonannya menerusi Rajuk, M4TI, Imam Samar-Samar, Cinta Bersegi-Segi dan Pok Ya Cong Codei: Siti Di Hati.

14. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium.

15. Menerima pencalonan dalam kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 dan Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

16. Bertunang dengan pelakon dan ahli perniagaan, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf Yaakob yang juga merupakan adik kepada penyanyi dan cef Fazley Yaakob pada 7 Julai 2017 sebelum mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017.

Sumber : BHARIAN ONLINE / IMDB via ASN/http://trendingsangat.pw/menang-anugerah-pelakon-filem-wanita-popular-rupanya-ini-filem-mawar-berlakon/

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*