“macam kain burukk…” Fesyen Baju Artis ABPBH33 Buat Netiizen Hilang Kata-Kata

Ada yang belum move on dari Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33 (ABPBH33) semalam? Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan jutaan tahniah kepada penerima anugerah Bintang Paling Popular 33, Haqiem Rusli telah menerima lebih 22 juta undian! Bak kata orang, rezeki tak salah alamat.

ABPBH33 semalam telah dilangsungkan dengan meriah sekali walaupun tanpa peminat di stadium. Kalau kita bercerita tentang sesuatu anugerah pasti ramai yang excited nak tengok gaya yang bakal di bawa oleh selebriti kegemaran pada malam tersebut. Ada yang akan terima pujian dan semestinya akan ada yang menerima kecaman daripada pengkritik tetap, netizen. Jom kita intai siapa agaknya yang bawakan gaya ‘opss’?

Ini antara senarai artis yang mengayakan fesyen luar jangkaan netizen:

Ramlah Ram menggayakan dress tona hitam dan merah jambu membuatkan netizen tertanya kenapa beliau pilih gaya tersebut. Mungkin Kak Melah kita sedang cuba bawa gaya yang luar dari comfort zonnya..

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh AINA ABDUL (@ainaabdul)

 

Pantas netizen buat kerja! Ada yang telah membandingkan pakaian Aina Abdul pada malam tersebut seperti aiskrim seal salt. Hebat! Ramai netizen juga telah mengatakan Aina sering menjadi mangsa fesyen.

Micheal Ang merupakan salah seorang yang memberi komen tentang gaya pakaian Sissy Iman pada malam ABPBH33. Ada juga netizen yang memberi komen bahawa bajunya kelihatan serabut dan keliru gaya apa yang cuba Sissy sampaikan.

 

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh tv3malaysia (@tv3malaysia)

Tahniah Wany Hasrita membawa pulang anugerah Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia! Kegigihan peminat-peminatnya mengundi telah membuahkan hasil. Namun, lain pula untuk pakaian yang digayakan pada malam tersebut dimana ada netizen memberi komen yang negatif.

Tahniah sekali lagi buat pemenang-pemenang ABPBH33 untuk semua kategori. Jom sama-sama #kitajagakita supaya tahun depen kita boleh beramai-ramai tonton ABPBH di stadium.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: koolfm

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*