“Setakat TV Singer pun kau orang nak pertikai?” – Uncle Kentang pelik ada yg xpuas hati tengok ibu tunggal berhutang beli TV

“UNCLE, boleh padam tak post yang saya minta bantuan tu? Sebab ada yang kata saya penipu sebab saya beli TV hutang kedai.”

Demikian bait ayat yang dihantar oleh seorang ibu menerusi satu mesej kepada aktivis kebajikan, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang.

Mesej itu didedahkan oleh Uncle Kentang dalam satu perkongsian di Facebook.

Menurut Uncle Kentang, dia mendedahkan perkara itu kerana berasa terpanggil untuk menjelaskan situasi yang dialami wanita tersebut, selain meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir netizen yang melemparkan tudvhan terhadap seseorang tanpa usul periksa.

“Jangan cari d0sa… televisyen hutang Singer RM105 sebulan jadi cacian orang ramai dan hi1na perempuan malang berserta enam anak kecilnya sekali.

“Ada orang menuduh dia men1ipu. Dia minta makanan, tak minta duit pun. Saya tak perlu cerita apa yang terjadi kepada keluarganya. Kamu tak bantu… kamu cemburu, iri hati kerana dia dibantu orang ramai.

“Itu rezeki dia dengan Tuhan. Sesungguhnya dia tak minta wang pun tapi Tuhan telah hantarkan ‘bala tentera’ begitu ramai sekali kerana dia yakin pada Tuhan. Doa dia dimakbulkan oleh Tuhan. Jadi apa hal kita nak tuduh dia penipu,” tulisnya.

Uncle Kentang merupakan antara individu yang sering tampil lebih awal bagi membantu urusan penghantaran jen4zah umat Islam.

Tambah Uncle Kentang, menerusi mesej yang diterimanya baru-baru ini, ibu tunggal enam anak itu juga menjelaskan mengenai dirinya yang didakwa menipu kerana membeli televisyen secara ansuran.

“Bab televisyen, tahukah anda hati seorang emak? Televisyen lamanya telah rosak lama. Anak-anak kecil di rumah asyik termenung bosan kerana PKP dan tidak ke sekolah.

“Mak berusaha mencari televisyen dah lama… dah mohon dekat Singer lama betul. Kebetulan selepas suaminya meninggalkan rumah, permohonan itu diluluskan. Bukan bayar tunai pun! Bayar bulan RM105 sebulan.

“Sekadar hiburan untuk anak-anak kecil. Adakah kita mempertikaikan kasih sayang mak kepada anak-anak kecilnya? Adakah itu perkara yang salah? Mak sayang anak pun salah? Setakat TV Singer pun kau orang nak pertikaikan?

Uncle Kentang bergiat secara aktif menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

“Sedih… mana letaknya nilai agama murni kita semua? Janganlah kita pertikaikan mereka kalau kita tidak tahu perkara sebenarnya,” luah aktivis ini.

Uncle Kentang dalam masa yang sama turut kecewa kerana dia juga terheret apabila dituduh tidak menyelidik latar belakang seseorang sebelum menghulurkan bantuan.

Secara sarkastik, dia memohon maaf kerana terlalu ‘bdoh’ sehingga memberikan bantuan kepada individu tang tidak patut menerima bantuan.

Antara komen netizen yang turut sependapat dengan Uncle Kentang.

“Saya Uncle Kentang yang sungguh bdoh. Saya tolong orang yang tak sepatutnya dibantu, saya mohon maaf. Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kerana aku tahu aku pasti mati. Biar aku bawa ‘kebodohan’ masuk ke kubur.

“Pada akak yang menerima bantuan, semua itu adalah kehendak Tuhan padamu. Kerana Tuhan telah buka hati banyak orang datang membantu. Mereka yang mengeji dan mengherdik di media sosial, anggaplah itu tiupan angin yang akan berlalu tanpa merdunya,” tulisnya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*