Mintak Jangan K3cam,Kali Ini Tampil Dengan Tarian Padang Pasir -Wani Syaz

Sekitar dua tahun lalu, bintang Gema Gegar Vaganza, Wani Syaz pernah menerima kec4man gara-gara muzik video lagu Pendusta Cinta yang disifatkan umum sebagai keterlaluan.

Semuanya disebabkan cubaan pemilik nama sebenar Nursyazwani Selamat, 23, itu menari yang disifatkan umum sebagai bertentangan dengan imejnya yang berhijab.

Begitupun, situasi itu sed1kit pun tidak memat4hkan semangatnya untuk terus bereksperimen dengan sesuatu yang baharu.

Buktinya, kini pelantun lagu hit Alhamdulillah itu kini muncul dengan sebuah lagi buah tangan baharu buat peminatnya sebelum tahun 2020 melabuhkan tirainya.

Lari daripada genre kebiasaan, Wani kini mencuba nasib mempertaruhkan lagu irama padang pasir dengan sentuhan moden berjudul Habibi.

“Sebagai anak seni saya kena berani mencuba walaupun hakikatnya saya memang sedik1t malu pada awalnya, tetapi bila dah cuba saya rasa selesa dan best pula. 

“Jika tak cuba saya tak akan keluar dari zon selesa saya, bimbang nanti peminat akan bos4n,” katanya.

Ujarnya, naskhah tersebut merupakan lagu gandingannya bersama penyanyi rap Waris.

“Moga-moga lepas tonton muzik video Habibi ini nanti, tiada yang akan k3cam saya. Berilah peluang saya keluar dari kotak dan zon selesa. 

“Kalau boleh, pada masa akan datang saya nak cuba genre yang jauh lebih berbeza supaya saya dapat buktikan dan cabar kemampuan vokal,” katanya. 

Sebelum ini, muzik video Pendusta Cinta yang menerima kec4man umum mencatatkan lebih 26 juta tontonan di Youtube.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:GEMPAK

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*