Rambut Kerinting Cik B Terima Pujian Netizen!

Pelakon dan usahawan muda terkenal Cik B mencvri perhatian wargamaya apabila tampil cantik dan bergaya bak bintang Hollywood dalam sebuah sesi fotografi terbaru. 

Menerusi laman sosial Instagram, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 15, berkongsi dua video dirinya ketika menjalani sesi fotografi tersebut untuk tatapan umum. 

“Yooo suppp,” tulis Cik B ringkas sebagai kapsyen video. 

Menerusi perkongsian itu, Cik B kelihatan cukup menawan selepas ditatarias dengan rambut kerinting kembang sambil memberikan aksi berwajah s3ksi. 

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan wargamaya teruja melihat hasil transformasi Cik B dalam sesi forografi kali ini. 

Mal4h, penampilan Cik B itu mengingatkan mereka pada pengacara Sherry Alhadad serta penyanyi rap kulit hitam terkenal dunia, Cardi B. 

“Cantiknyaaaaaaa Cik B!” komen pelakon Mimi Lana.

“Perghhh Cik B!” tulis penyanyi Raja Syahiran

“Yass Queen! Rambut kerinting macam ni sesuai la dengan Cik B,” kata seorang wargamaya.

“Dah macam Sherry Alhadad pulak, meletoppp,” puji seorang wargamaya.

“Cik B ni akan cantik one day, percayalah. Tak payah tunggu one day sekarang pun dah cantik wei. Pastu ramai la peminat lelaki nak try,” usik seorang wargamaya.

“Pergh ni bukan Cik B dah ni Cardi B!” ujar seorang wargamaya.

“Girllll, I’m fallin in loveeee,” komen seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian itu telah menerima hampir 88,000 tanda suka dan 4,000 komen daripada warga Instagram.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*