
PENERBIT dan pelakon, Datuk Hans Isaac membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Datuk Seri Eizlan Yusof selepas membuat dakwaan tidak tepat baru-baru ini.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, bekas Pengerusi Finas itu mengakui melakukan kesilapan apabila mengaitkan Eizlan dengan Excellent Pictures Sdn Bhd yang menerima Dana Kandungan Digital 2020 (DKD) oleh Finas.
“Pada 16 November lalu, saya telah menghantar satu mesej di dalam kumpulan WhatsApp Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dengan mengucapkan tahniah kepada tiga buah syarikat yang telah dipilih untuk menerima DKD daripada Finas.
“Di dalam mesej tersebut, saya telah membuat kesilapan dengan mengaitkan Datuk Seri Eizlan Yusof dan Excellent Pictures Sdn Bhd.
“Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf di atas kekhilafan saya. Pada hakikatnya, saya telah bersiap sedia untuk merakamkan pembetulan beserta permohonan maaf kepada Datuk Seri Eizlan Yusof semalam sebaik sahaja saya sedar akan kesilapan tersebut.
“Tetapi sebelum sempat saya berbuat demikian, saya dimaklumkan bahawa beliau telah menghantar surat peguam kepada saya.
“Saya sekali lagi ingin memohon maaf secara terbuka di atas kesilapan yang tidak disengajakan.
“Saya amat berharap agar kita dapat buang yang keruh, dan ambil yang jernih. Semoga kita dapat terus memajukan industri perfileman negara bersama,” jelasnya.
Eizlan pada Rabu lalu memberitahu, beliau sudah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Hans berhubung dakwaan tidak berasas yang dikongsi dalam mesej WhatsApp.
Tegas Eizlan, dakwaan tidak berasas itu telah mencem4rkan reputasinya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Finas kerana beliau tidak mempunyai sebarang kaitan atau kepentingan dalam syarikat produksi tersebut seperti yang didakwa oleh Hans.
“Selaku ahli Finas yang sentiasa berpegang teguh kepada prinsip integriti, saya menzahirkan kekecewaan atas tuduhan melulu dan tidak berasas yang dilontarkan oleh Hans yang telah mencem4rkan nama, imej dan repvtasi saya kononnya ada penglibatan saya dalam penyalahgunaan kuasa melibatkan syarikat produksi Excellent Pictures Sdn. Bhd.
“Untuk makluman, syarikat tersebut tiada sebarang kaitan dengan saya sama ada sebagai pengarah mahupun pemegang sahamnya. Syarikat tersebut dikatakan ada menerima geran Dana Kandungan Digital (DKD) daripada pihak Finas,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Finas pada Rabu.
Dakwaan palsu Datuk Hans Isaac ini secara langsung telah menular dan masih berlarutan sehingga menc4larkan nama baik dan reputasi saya
Sementara itu, Eizlan berkata tudvhan itu dibuat oleh Hans menerusi kumpulan WhatsApp milik Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) pada Isnin lalu.
“Tuduhan yang dibuat pada 16 November 2020 oleh Datuk Hans Isaac melalui kumpulan WhatsApp Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) mempunyai ahli melebihi 200 orang dalam kumpulan tersebut.
“Dakwaan palsu Hans Isaac ini secara langsung telah menular dan masih berlarutan sehingga menc4larkan nama baik dan reputasi saya, mengganggu fokus dan menerima tek4nan daripada pelbagai pihak. Ini juga memberi kesan secara langsung kepada karier dan perniagaan saya,” ujarnya.
Hans Isaac bakal calon PKR Parlimen Ampang?
Kuala Lumpur: Penerbit dan pelakon, Datuk Hans Isaac menyerahkan kepada kepimpinan PKR dan masyarakat Ampang apabila namanya disebut-sebut akan bertanding sebagai calon parti itu di Parlimen Ampang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.
Hans yang juga bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkata, politik di negara ini memerlukan calon muka baharu sebagai ketua apabila dilihat didominasi ramai ahli politik yang lebih berusia.
“Kita mempunyai individu lama yang sama dalam arena politik dan itulah sebab rakyat Malaysia tidak berminat dengan politik. Kita memerlukan perubahan untuk masa depan yang lebih cerah tetapi ia adalah tanggungjawab kita untuk memilih dan membuat perubahan terbabit. Saya faham rakyat kecewa, tetapi kita tidak boleh berputus asa dengan apa yang terjadi dan ia sememangnya hak kita untuk memilih jalan yang betul,” katanya.
Biarpun namanya antara diketengahkan sebagai wakil rakyat di Ampang, namun menurut Hans, objektif utamanya kini adalah untuk memberikan fokus dalam membantu masyarakat di kawasan itu.
“Pasukan saya dikenali ‘Kita Budak Ampang’ akan memberikan fokus kepada program sosial bagi membantu masyarakat dan menghargai segala sokongan serta bantuan yang dihulurkan.
“Menjalankan program ini sendiri kadang-kadang memberi sedikit tekanan, tetapi memberi satu kepuasan yang besar apabila kita melihat impak sokongan kecil kita terhadap keluarga atau individu. Namun ada ketikanya, ia menjadi sukar kerana kita tidak dapat membantu semua orang pada satu masa, tapi kami cuba sebaiknya,” katanya.
Sumber : http://trendingsangat.pw/
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Leave a Reply