Hati Tak Tenang – “Dah Pasang Niat Nak Kerjakan Umrah

SEBELUM impian untuk merangkul trofi Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Paling Popular 33 (ABPBH33) menjadi kenyataan, penyampai Suria FM DJ Lin pernah menyimpan hasrat untuk menunaikan umrah.

Lebih manis apabila DJ Lin, 44, turut berkongsi berita gembira kerana jumlah pendengar Suria FM mencatat peningkatan yang sangat pos1tif.

Pemilik nama Roslinda Abdul Majid ini meluahkan rasa syukur atas pencapaian luar biasa sepanjang dua tahun menyandang jawatan sebagai Pengurus Kanan Suria FM.

DJ Lin berkongsi perkara itu di laman Instagram miliknya.

“Ramai yang tanya saya, sebaik saja menang anugerah itu apa wish atau hasrat saya. Sebenarnya untuk pengetahuan anda, saya dah pasang niat.

“Sekiranya radio survey catat jumlah pendengar tinggi, saya nak tunai umrah… jika saya diberikan rezeki untuk menang anugerah Penyampai Radio Popular, saya nak tunai umrah.

“Alhamdulillah… Allah mendengar luahan hati saya dan Allah berikan apa yang saya impikan. Dua kemenangan serentak dalam minggu yang sama.

“Sepanjang dua tahun di bawah pengurusan saya, Suria FM dapat penambahan jumlah pendengar. Syukur Alhamdulillilah daripada 1.8 juta kini menjadi 2.9 juta pendengar. Satu pencapaian yang sangat luar biasa,” katanya.

Terima kasih kepada peminat yang sentiasa doakan dan sudi sokong karier saya.

DJ LIN

PENYAMPAI RADIO SURIA FM

DJ Lin turut berterima kasih kepada seluruh warga kerja Suria FM atas kejayaan tersebut dan berharap dapat mencapai sasarannya untuk berada dalam kalangan tiga radio paling popular di Malaysia.

ABPBH33 yang berlangsung pada 13 November lalu di Axiata Arena, Bukit Jalil turut menyaksikan kemenangan penyanyi Haqiem Rusli sebagai Bintang Paling Popular.

Dalam pada itu, DJ Lin yang mengendalikan segmen Suria Cinta ini berharap pandemik Cov1d-19 berakhir dengan cepat supaya dia dapat menunaikan hajatnya.

DJ Lin berharap dapat tunai umrah dalam masa terdekat.

“Saya harap sangat agar pandemik Covid-19 akan cepat berakhir bagi membolehkan saya tunaikan hajat dan niat untuk mengerjakan umrah.

“Saya harap semua orang sudi doakan saya semoga dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan dan dapat jejak kaki sekali lagi ke Tanah Suci.

“Sudah pasang niat, dah capai apa yang kita inginkan… jadi kenalah tunaikan niat supaya hati rasa tenang. Terima kasih kepada peminat yang sentiasa doakan dan sudi sokong karier saya,” ujarnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:Mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*