Siapa Sangka Bekas Pramugari Bertukar Menjadi Pembuat Kuih,Usaha Adik Di Twitter Buka Pintu Rezeki

DARI kerjaya di awan biru, siapa sangka bekas pramugari ini juga memiliki sentuhan magis dalam penghasilan kuih-muih Melayu?

Begitulah kisahnya mengenai Dayang Shazrina Mohd Noordin, 30, yang kini menjadi pengusaha makanan selepas berhenti kerja pada Februari lalu.

Mesra disapa Nina, dia mengakui berhenti kerja kerana mahu fokus terhadap cahaya mata sulungnya, namun tidak sangka negara teruk dibadai pandemik Cov1d-19 sehingga menyukarkan usahanya mencari kerja baharu.

“Saya bersalin anak perempuan pada Oktober tahun lepas. Awal Februari tahun ini saya perlu kembali bertugas. Tapi saya risau kerana k3s Cov1d-19 sedang meningkat di Malaysia.

“Jadi saya ambil keputusan untuk berhenti. Tak sangka pada Mac, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula dilaksanakan.

“Saya dah jadi kru kabin dari tahun 2013. Tapi ada kelulusan dalam bidang kulinari dan pengurusan perhotelan.

Nina sekeluarga.

“Saya fikir mahu menceburi bidang hotel, tapi industri itu juga menerima impak teruk. Suami saya yang kerja dalam bidang hotel turut terkesan,” ujarnya kepada mStar.

Atas idea dan saranan suaminya, Mohd Nazrin Md Affandi, 31, Nina yang enggan berpanjangan mengharap untuk ditawarkan kerja baharu mengambil keputusan berniaga kuih bermula Julai lalu.

“Sebenarnya ayah saya dulu juruterbang. Sewaktu saya umur sembilan tahun, ayah pernah sak1t, tak boleh kerja jadi mak berniaga kuih tepi jalan untuk sara hidup kami.

Saya dan suami je yang buat kuih, sambil jaga anak lagi.

NINA

“Jadi dari kecil saya dah belajar sedikit-sebanyak dari mak. Baru-baru ini kami balik rumah mak, dia ada terima tempahan kuih dari rakannya.

“Dari situ suami bagi idea, dia tanya saya boleh buat kuih ke? Malah, kawasan rumah kami di Cyberjaya juga agak susah kalau nak cari kuih. Dari situlah bermula perniagaan kami,” jelasnya.

Kata Nina, dia bersyukur apabila mendapat sokongan padu rakan dan keluarga sejak mengusahakan perniagaan itu.

Malah, dia sama sekali tidak pernah berhadapan persepsi neg4tif yang memandang rendah perubahan kerjayanya.

Seleksi kuih yang dihasilkannya.

Menghasilkan variasi kuih seperti seri muka, kaswi, kuih lapis, kuih cara, nona manis dan sebagainya, Nina juga bersyukur apabila posting hebahan oleh adiknya di Twitter menjadi tular sehingga membuka peluang rezeki buatnya.

“Alhamdulillah, mesej masuk tak berhenti selepas viral di Twitter. Terlalu banyak mesej untuk kami jawab.

“Saya dan suami je yang buat kuih, sambil jaga anak lagi. Kami mohon maaf kalau ada yang kami tak sempat layan lagi,” ujarnya.

Malah, Nina sempat menitipkan pesan buat sesiapa yang terkesan akibat pandem1k Cov1d-19 agar tidak mudah berputus asa dan cuba meneroka bakat yang ada untuk diubah menjadi punca pendapatan.

Nina menceburi industri penerbangan sebagai kru kabin pada tahun 2013.

“Jangan mudah putus asa. Saya masa awal-awal dulu, duit makin sikit. Tapi jangan putvs asa.

“Kadang-kadang kita tak nampak bakat kita, boleh tanya orang sekeliling. Macam saya pun, suami yang sarankan saya buat kuih.

“Rezeki tak pernah salah alamat,” ujarnya lagi.

Tambah Nina, kuih yang dihasilkannya bukan sahaja dijual sekitar Cyberjaya, malah dia turut bersedia menerima tempahan dari luar kawasan seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan sebagainya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:Mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*