Akhirnya Pengurus Dedah Punca Jngkitan, Rupa-rupanya…

Pengurus kepada pelakon dan penyanyi Alif Satar, Adlina Abu Bakar memaklumkan penghibur popular itu kini menjalani raw4tan dan proses kuar4ntin di sebuah pusat perub4tan di Melaka bermula hari ini.

Adlina ketika dihubungi berkata, sebaik penyanyi itu dimaklumkan oleh bapanya yang mengenai salah seorang kontrak rapat yang ditemui Alif pada Selasa lalu pos1tif pandemik itu, dia terus bergegas menjalani ujian saringan C0vid-19.

“Semalam Alif dihubungi oleh bapanya yang memaklumkan salah seorang individu yang ditemui di Kuala Lumpur atas urusan kerja dis4hkan pos1tif Cov1d-19.

“Alif yang kebetulan berada di Melaka bagi menjalani penggambaran sebuah drama terus ke hospital untuk membuat ujian saringan dan hari ini dia dimaklumkan p0sitif C0vid-19.

“Saya mohon kepada semua pihak untuk mendoakan kesihatan Alif yang sedang menjalani proses kuarantin,” katanya.

Menurut Adlina, dia yang turut menemani Alif pada mesyuarat itu masih menunggu laporan daripada pihak hospital sama ada turut dij4ngkiti C0vid-19 atau tidak.

“Saya kini berada di rumah dan sedang menunggu jawapan daripada pihak hospital sama ada saya disahkan posit1f C0vid-19 atau sebaliknya,” katanya.

Terdahulu Alif memaklumkan dirinya disahkan posit1f jangkitan C0vid-19 di akaun Instagram miliknya.

Sumber: Hmetro Online

Antara Lokasi Terakhir Alif Satar Sebelum Disahkan C0vid19 Buat Ramai Risau

 

Kuala Lumpur: Penyanyi Alif Satar yang membuat persembahan pada separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam, pada Jumaat lalu disahkan pos1tif jangkitan C0vid-19.

Alif Satar ketika persembahan Separuh Akhir Muzik Muzik

Alif berkata, dia berasa terkejut apabila dimaklumkan dirinya pos1tif C0vid-19 berkenaan selepas melalui beberapa ujian saringan.

“Dalam kesibukkan saya menjalani penggambaran, saya sudah melakukan beberapa ujian saringan C0vid-19. Malangnya, keputusan terkini yang saya baharu saja terima hari ini menunjukkan saya didapati pos1tif C0vid-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan serta mendukacitakan.

“Perkara pertama apabila saya dapat dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga, isteri dan anak-anak saya, rakan-rakan di set penggambaran dan semestinya kontak rapat yang berjumpa dengan saya,” katanya dalam entri terbaharu di Instagram.

FOTO dimuat naik Alif Satar di IG, dia sah kena Covid-19. FOTO IG ALIF SATAR

Menurut Alif, dia memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan mendoakan semua dijauhkan daripada sebarang kemudaratan.

“Saya telah memberi nama kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kontak rapat yang saya kenal pasti dalam tempoh 14 hari.

“Saya mohon maaf atas segala kesulitan ini dan saya mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah SWT. Saya juga doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan,” katanya yang kini sedang menjalani proses kuarantin di sebuah pusat perubatan.

Jumaat lalu, menerusi SFMM35 Alif membuat persembahan menerusi lagu I Want You To Love Me ciptaan Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo dan Mike Chan.

Kontak rapat Alif, Zulin kena kuarantin

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Zulin Aziz dikuarantin 14 hari selepas menjadi kontak rapat kepada gandingannya dalam drama Penjara Janji, Alif Satar yang disahkan p0sitif C0VID-19.

Zulin membuat pengumuman itu melalui entri Instagram, kira-kira dua jam lalu.

Dihubungi BH Online, Zulin memberitahu, dia dan Alif terbabit dalam penggambaran drama 13 episod terbitan JS Pictures.

“Saya sempat menamatkan penggambaran drama itu semalam. Tetapi pelakon lain perlu meneruskan baki penggambaran.

“Namun, dengan perkembangan terbaru ini, penggambaran ditunda buat sementara waktu.

“Saya perlu dikuar4ntin dan melakukan ujian calitan,” katanya.

Selain Zulin dan Alif, drama Penj4ra Janji arahan Jinggo dan Sheila Rusly, dilakonkan Azira Syafinaz, Aida Aris dan Fauzi Nawawi.

Zulin membatalkan semua tawaran kerja yang sepatutnya dipenuhi sebaik penggambaran drama berkenaan tamat.

“Saya minta maaf kepada penerbit dan pihak yang terkesan atas urusan kerja yang dipersetujui awal. Ini termasuk telefilem dan tetamu program bual bicara.

“Hari ini, saya sepatutnya memulakan penggambaran telefilem Janda Ayob dan memegang watak utama.

“Berat hati untuk membuat keputusan tetapi saya perlu memikirkan keselamatan diri dan orang lain.

“Saya mohon doa semua agar kita terus dilindungi wabak ini. Semoga Alif sembuh segera.

“Doakan kami dan terus jaga prosedur operasi standard (SOP)… Jangan lupa pakai pelitup muka dan cecair sanitasi,” katanya.

Petang tadi, Alif mengumumkan dirinya pos1tif C0VID-19 berdasarkan keputusan ujian saringan yang diterimanya, hari ini.

 

Sumber: Hmetro Online via media bawang

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*