Neelofa Luah Rasa Syukur Azam Lama Tercapai

Segala desas desus mengenai status perhubungan pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa bersama seorang pencetus ummah, PU Riz terjawab selepas usahawan itu dirisik oleh keluarga PU Riz pada 1 November 2020 di kediamannya, di Petaling Jaya.

Terbaru, Neelofa memuat naik hantaran di IG Storynya mengenai senarai azam tahun 2017 beliau, iaitu untuk belajar bahasa arab kini sudah tercapai selepas 3 tahun.

Hantaran yang dimuat naik oleh Neelofa itu berkata, dia sudah mulakan kelas bahasa arab bersama ‘ustaznya’ sendiri iaitu PU Riz. Awhhh!

“Azam 2017 untuk belajar bahasa arab.. Masyaallah lepas 3 tahum berazam.. baru hari ni dapat realisasikam impian dan pagi tadi alhamdulillah dapat mula my first arabic class with my very own ustaz @hrisbismail” tulis Neelofa

Nampaknya kisah percintaan mereka berdua tidak disembunyikan lagi. Tak sabar nak tengok Neelofa and ‘her very own ustaz’ di jinjang pelamin!

Juga perkembangan terkini, pengacara tersebut memaklumkan beliau bakal melancarkan satu aplikasi yang diberi nama TheNoor.App pada Januari tahun depan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:Hotfm

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*