Nabila Huda kena sak4t dengan anak, “Ini dinamakan pemb4lasan!”

Pelakon Nabila Huda baru-baru ini telah berkongsikan video di laman Twitternya di mana dia telah disak4t oleh anak perempuannya, Keisha Laila dengan helah-helah lucu.

Dalam video berkenaan, anak perempuannya meminta bintang filem Mun4fik itu untuk menyebutkan Coca Cola dengan memastikan bibirnya tidak bersentuhan.

Jadi Nabila dilihat cuba untuk menyebutkan perkataan itu sambil memastikan bibirnya tidak bersentuh dengan gaya sebutan yang lucu.

Dia kemudian disuruh pula untuk menyebut Coca Cola seperti biasa, dan pada ketika itu baru dia sedar bahawa perkataan itu memang disebut tanpa mendekatkan bibir dan ternyata dia telah dipermainkan.

Dalam situasi lain pula, anaknya menunjukkan gambar rama-rama yang dilukisnya dan menyuruh ibunya menyebut kepak rama-rama dalam bahasa Inggeris, iaitu wing.

Nabila kemudian disuruh puteri tunggalnya itu untuk menyebut wing 5 kali sebelum kanak-kanak itu memasukkan gulungan kertas ke dalam ibu jarinya.

Dia kemudian diminta sekali lagi untuk menyebutkan wing sebanyak 5 kali, sebelum anaknya mengangkat kertas tersebut dan meletakkan ke telinga seperti ganggang telefon, kerana bunyi wing yang diulangnya kedengaran seperti bunyi deringan telefon.

Gelagat anaknya itu membuat wanita berusia 35 tahun itu ketawa berdekah kerana digunakan untuk helah-helah mengarut tersebut, malah netizen juga memuji kecomelan hubungan anak beranak tersebut.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:HCL

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*