Tulisan Tangan Di Kad Ucapan Dapat Pujian, Ramai Sangka Milik Siti Nurhaliza?

Dua lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza telah pun didendangkan dengan baik oleh penyanyi gantian pada malam Semi Final Muzik-Muzik 35 (SFM35) semalam.

Memilih Shiha Zikir dan Aishah bagi membawakan lagu 7 Nasihat (bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta) dan juga Bidadari Syurgamu, kedua-dua lagu tersebut berjaya menjadi perbualan hangat apabila dil0ntarkan dengan baik.

Sebelum berlangsungnya SFMM35 itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau mesra disapa TokTi telah menghantar kad ucapan terima  kasih dan kata-kata semangat buat mereka semua.

Namun begitu, tulisan tangan yang tertera di kad tersebut pula menjadi perbulan di media sosial dan dianggap sangat cantik.

Tulisan tangan di kad ucapan yang dikirim beliau sangat cantik sehingga membuatkan ramai yang memuji kekemasan tulisan tangan tersebut.

Walaupun tidak pasti sama ada tulisan tangan tersebut milik penyanyi nombor satu negara itu ataupun bukan, warganet yang juga peminatnya tetap berasa teruja melihatnya.

Kad ucapan tersebut dihantar bersama dessert dari deeyans_signature yang turut memuat naik gambar kad yang ditamp4l diatas kotak kek untuk diberikan kepada barisan penyanyi lagu-lagu dendangan TokTi.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Kek | bakingclass | dessert (@deeyans_signature)

Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian yang dibuat oleh akaun peminatnya iaitu IniAlannn, rata-rata warganet telah memberikan pujian kepada tulisan tangan terbabit.

Mereka juga memberi kredit kepada TokTi kerana tetap humble dengan membahasakan diri dengan begitu mesra walaupun bergelar Datuk Seri.

Sumber: deeyans_signature, Twitter

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*