Bayi Kembar Tiga Hasil Prosedur Tersebut . . .

KUALA LUMPUR: Dikurniakan tiga bayi kembar menjadi pelengkap kebahagiaan, selain turut memberi pengalaman baharu yang amat berbeza dalam pelbagai segi dalam institusi kekeluargaan.

Ini dirasai Pengurus Jabatan Pusat Kecemerlangan Hospital Pakar Regency, Dr Siti Nurul Aishah Jamaludin, 34 dan pasangannya, Mohamad Iqbal Idris, 45, apabila menerima orang baharu dalam keluarganya.

Kelahiran kembar tiga lelaki secara normal dipercayai yang pertama di Johor, cukup memberikan perasaan bahagia.

Bayinya yang kini sudah berusia empat bulan itu dilahirkan di Hospital Pakar Regency, Bandar Seri Alam, Johor, pada 6 Julai lalu.

Dr Siti Nurul Aishah berkata, kelahiran itu hasil rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) atau rawatan bayi tabung uji diusahakan mereka tahun lalu

Katanya, beliau sebelum ini sudah berusaha selama dua tahun untuk h4mil secara semula jadi dan pernah mengalami kegugvran.

Keadaan itu membuatkan beliau tidak mahu menunggu terlalu lama lagi untuk h4mil kerana sedar tahap kesuburan wanita akan semakin meros0t mulai usia 35 tahun.

Jadi, rawatan kesuburan adalah ikhtiar mereka untuk memiliki zur1at sendiri dan untuk itu mereka mendapatkan rawatan dengan Perunding Obstetrik dan Ginekologi hospital itu, Dr Thokha Muhammad.

“Segala-galanya berjalan dengan baik dan pada Januari lalu, saya dimaklumkan hamil kembar dua sekali gus menandakan ada perkembangan positif daripada rawatan dibuat.

“Namun, selepas imbasan keham1lan kedua, kami diberitahu yang saya sebenarnya h4mil kembar tiga.

“Keadaan juga agak sukar kerana ketika itu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan kami berjauhan daripada keluarga. Dengan keadaan sarat mengandungkan tiga bayi, saya sukar bergerak dan perut agak besar

“Saya terpaksa duduk di atas kerusi roda berbanding berdiri,” katanya yang mengalami pertambahan berat badan daripada 63 kilogram (kg) kepada 93kg sepanjang kehamilannya,” katanya kepada BH.

Tiga bayi mereka itu yang dinamakan Thoreeq Idris, Mateen Idris dan Hakeem Idris Mohamad Iqbal dengan berat 1.9kg, 2.2kg dan 2.6kg dilahirkan pada usia kandungan 37 minggu.

Bagi Dr Nurul Aishah dan suaminya yang bekerja sebagai Timbalan Pengurus Kanan di syarikat hartanah UMLAND, berkata kejayaan mereka dalam rawatan IVF itu diharap menjadi pemangkin kepada pasangan lain melakukan ikhtiar sama.

“Kami membelanjakan kurang RM40,000 untuk tujuan ini. Ia sangat berharga kerana kami dianugerahkan tiga cahaya mata yang begitu menenangkan jiwa, pelengkap kebahagiaan dan Insya-Allah mendidik kami sebagai ibu bapa terbaik untuk mereka.

“Syukur ia tidak terlalu susah biarpun kembar tiga dan membuatkan kami tidak cukup tangan menguruskan mereka serentak. Setakat ini kami melakukannya berdua tanpa menggajikan pembantu,” katanya.

Bercerita mengenai tiga bayinya itu, semua dihantar ke TASKA dari jam 7.30 pagi hingga 6 petang dan mereka tidak menghadapi mas4lah kecuali perlu

membiasakan diri kerana kini mempunyai tiga anak.

“Saya dimaklumkan apabila mengandung tiga anak ini ia biasanya akan dilahirkan secara pemb3dahan, tetapi saat akhir itu keadaan sebaliknya dan doktor meyakinkan saya mampu bersalin normal.

Alhamdulillah ia berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia mampu menjadi pusat rawatan kesuburan dan kardiologi berikutan kualiti perkhidmatan kesihatan yang terdapat di negara ini.

 

Sumber:BH

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*