Keputusan Swab Test Shiha Zikir

Penyanyi Shiha Zikir meluahkan rasa syukur apabila menerima keputusan neg4tif dalam ujian saringan atau swab test COV1D-19 yang dilakukannya baru-baru ini.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah video di entri akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Menurut Shiha, walaupun mendapat keputusan neg4tif, namun dia terus mengambil langkah berjaga-jaga.

“Assalamualaikum, Alhamdulillah saya dah dapat keputusan swab test saya, syukur Alhamdulillah saya negat1f dan apapun, saya masih ambil langkah berjaga-jaga.

“Kita doakan kepada yang dij4ngkiti wab4k COV1D-19 dan kepada Aliff Satar supaya cepat sembuh.

“Walau apapun, kita semua haruslah menjaga SOP dengan sebaiknya, stay safe everyone!” katanya dalam video tersebut.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Shiha Zikir (@shihazikir)

Dalam pada itu, Shiha turut berkongsi slip keputusan ujian saringannya dalam perkongsian sama.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Shiha bersyukur dan mendoakan kesihatan yang baik untuknya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Shiha Zikir (@shihazikir)

Sabtu lalu, Shiha telah membuat persembahan di sebuah acara bagi mewakili Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk lagu 7 Nasihat.

Pada Ahad lalu, Alif Satar mengumumkan dirinya posit1f COV1D-19 dan dia telah membuat persembahan di SFMM pada Jumaat, sehari sebelum giliran persembahan Shiha.

Susulan kes tersebut, kebanyakan rakan artis yang terlibat dalam program sama diminta untuk membuat ujian saringan COV1D-19.

Alif kini menjalani rawatan di sebuah hospital di Melaka.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*