Kru Mael Totey Meningg4l Dunia Selepas Pengs4n Di Set, Syahmi Dedah Kata-Kata Arwah Paling Diingati

Selebriti media sosial popular di YouTube, Syahmi Syazli memaklumkan salah seorang kru Mael Totey The Movie yang dikenali sebagai Abang Ricky telah kembali ke Rahmatullah.

Syahmi berkata, dia difahamkan arwah pengs4n di sebuah set penggambaran semalam sebelum disahkan meningg4l dunia.

“Saya dapat berita seorang kru Mael Totey The Movie, Abang Ricky (grip) telah kembali ke dunia abadi.

“Pengs4n di set penggambaran tadi (semalam),” katanya.

Syahmi berkongsi berita tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Syahmi memuat naik beberapa keping kenangan gambar arw4h ketika bersama-sama menjayakan Mael Totey The Movie.

Syahmi yang juga pengarah filem Mael Totey The Movie yang mendapat kejayaan besar di Astro First itu turut berkongsi kata-kata Abang Ricky yang yakin dengan masa depan filem tersebut.

“Saya ingat lagi kata-kata dia bersama Abang @nazirahmad08 , “kalau dekat set dah happening macam ni, kita sebagai orang lama dapat rasa filem Mael Totey akan meletop”. Lebih kurang macam tu. 

“Tak sempat nak jumpa meraikan kejayaan sama-sama. Mohon doa semua semoga Allah ampunkan arw4h dan dipermudahkan urusan di negeri abadi,” pintanya.

Filem Mael Totey The Movie kini masih lagi ditayangkan di saluran Astro First untuk melanggan sila ke saluran 480.

Anda juga boleh strim filem tersebut di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. 

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Mael Totey (@syahmisazli)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : GEMPAK

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*