pramugari terima 2 tawaran job datang serentak

INDUSTRI penerbangan menyaksikan impak luar biasa akibat pand3mik Cov1d-19 sehingga ramai yang kehil4ngan pekerjaan.

Tidak terkecuali, Ayu Zalani, 27, yang mengalirkan air mata tatkala mendapat perkhabaran dvka itu.

Mesra disapa Ayu, dia yang bertugas sebagai kru kabin di sebuah syarikat penerbangan turut diberhentikan kerja pada 14 September lalu.

“Saya dah bekerja selama setahun empat bulan. Sebenarnya dah boleh jangka masa dapat tahu keputusan itu.

“Memang terkejut sebab tak ready lagi. Masa mula-mula dapat tahu memang rasa down. Saya men4ngis lepas dapat tahu.

“Tapi cara saya, saya akan men4ngis sepuasnya, betul-betul sedih dalam beberapa hari… kemudiannya saya akan bangk1t,” ujarnya kepada mStar.

Ayu kini melakukan dua kerja termasuklah menjadi pembaca berita pada waktu malam.

Namun Ayu tidak menyangka berjaya mendapat dua tawaran pekerjaan pada bulan ini sekali gus menyuntik motivasi buat dirinya.

Menurut Ayu, dia menerima tawaran pertama dan kini bertugas sebagai perunding pemasaran digital di sebuah syarikat di ibu negara.

Malah, dia turut menerima tawaran kerja kedua sebagai pembaca berita di sebuah platform digital yang memerlukan komitmen dirinya pada waktu malam sahaja.

Tak sangka bila saya jadi pembaca berita, saya baca berita mengenai syarikat saya bekerja sebelum ini.

AYU

“Saya sekarang buat dua kerja. Pada sebelah malam saya buat part time jadi pembaca berita.

“Ibaratnya hilang satu kerja tapi datang lagi dua. Memang penat tapi saya rasa puas.

“Bila saya fikir, ramai lagi yang diberhentikan kerja dan masih mencari peluang baharu… ia membuatkan saya bersyukur,” ujarnya yang mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang Komunikasi.

Menetap di Damansara, Ayu berkata dia percaya pada rezeki dan berharap sesiapa yang melalui fasa sukar sepertinya agar tidak mudah putvs asa.

Industri penerbangan antara yang terj3jas teruk akibat Cov1d-19. (Gambar Hiasan)

“Dulu selalu baca bila orang kongsi petikan kata-kata mengenai rezeki, bahawa ia tak pernah salah alamat.

“Kata-kata itu memang betul. Yang penting kena berdoa dan sabar. Rezeki akan datang cuma tak tahu bila.

“Tak sangka bila saya jadi pembaca berita, saya baca berita mengenai syarikat saya bekerja sebelum ini.

“Kehil4ngan kerja sebelum ini bagaikan ujian untuk saya, lepas tu adik pula men1nggal dunia. Ia buat saya bangun balik dan beri motivasi pada diri,” katanya lagi.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:Mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*