Ramai Tertanya-Tanya, Kenapa Wany Hasrita Pakai Gelang Pink?

Tindakan penyanyi popular, Wany Hasrita memakai gelang ‘pink’ atau merah jambu menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat.

Pembantu peribadi Wany yang dikenali sebagai Nur Anisah berkata, penyanyi lagu Canggung itu tersenarai sebagai kontak rapat penyanyi, Alif Satar yang disahkan terkena jangk1tan Cov1d-19 pada Ahad lalu.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh WH (@wanyhasrita)

“Disebabkan ramai bertanya kenapa kena pakai gelang ‘pink’, saya ingin menjelaskan oleh sebab nama Wany berada dalam senarai kontak rapat Abang Alif Satar, makanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghubungi dan mengarahkan kami datang klinik kesihatan ambil surat kuar4ntin dan pakai gelang ‘pink’ walaupun keputusan ujian saringan Cov1d-19 kami adalah neg4tif.

“Ini adalah kerana proses kuarant1n masih dijalankan selama 14 hari dan wajib pakai gelang ‘pink’ serta duduk di rumah. 3 Disember ini kami akan menjalani ujian saringan kedua.

“Jika negat1f gelang akan dipotong. Doakan kami dan juga kepada semua terbabit dalam separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) agar urusan dipermudahkan,” katanya.

 

Foto: IG

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh WH (@wanyhasrita)

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh WH (@wanyhasrita)

Sementara itu, Wany menerusi hantaran di Instagram memaklumkan dia kini menjalani kuar4ntin di rumah.

“Semalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghubungi saya untuk ke klinik kesihatan ambil surat kuarant1n dan pakai gelang ‘pink’.

“Selepas saya buat ujian saringan dan keputusannya neg4tif dua hari lalu, sekali lagi saya buat ujian saringan pada 3 Disember depan. Sekarang ini saya sedang menjalani kuarant1n di rumah,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:CARI

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*