Boleh Nak Tambah Anak Tapi Dengan Syarat -Shuib Dan Siti Sarah

Masih ada beberapa minit sebelum Sepahtu Reunion Live 2020 bersiaran secara langsung. Ketika itu Shuib sedang bersedia untuk menjadi pembuka pentas. Tiba-tiba matanya terpandang pada sang isteri, Siti Sarah yang duduk di kerusi hadapan.

Di dalam dewan yang masih suram, mata mereka saling berpandangan. Shuib tersenyum dan melambai kepada Sarah. Dia cuba membuat isterinya ketawa dengan mengenyit mata dan bermain sorok-sorok. Kemudian terdengar jeritan daripada pengurus pentas, 30 saat lagi untuk bersiaran langsung. Shuib kembali mengambil tempatnya.

Tanpa perlu penonton dan tidak pula berselindung, mereka ini umpama pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Kemesraan dan kasih sayang mereka jelas dan ikhlas. Dan sebaik sahaja rancangan tamat, Shuib menuju ke arah isterinya dan mencium dahi Sarah.

Melihat situasi mereka bersama, Gempak terus meminta izin untuk menemu bual dan bertanyakan soalan tentang anak bongsu mereka, Ariq Matin yang menginginkan adik seperti yang dikongsi Sarah di Instagram miliknya.

“Sebenar-benarnya kalau ditanya saya memang inginkan anak lagi. Kalau ikutkan jarak umur mereka dekat-dekat, 9 tahun, 7 tahun dan 5 tahun. Berbeza dua tahun antara mereka. Sekarang ni yang bungsu jaraknya dah jauh sangat.

“Jadi kalau ada rezeki memang teringin nak ada cahaya mata lagi. Di rumah pun ada anak adik ipar dan saya pun macam seronok bila ada budak-budak ramai di rumah,” kata Shuib memulakan bicara.

Tambah Shuib, suatu ketika dulu dia tidak begitu menyukai kanak-kanak dan perkara tersebut turut diakui oleh isterinya, Siti Sarah.

“Shuib ni dulu bukannya suka budak. Nak pegang budak pun dia tak tahu, budak umur 5 tahun pun dia tak pandai nak pegang. Tapi sejak mempunyai cahaya mata sendiri, dia dah jatuh cinta dengan budak-budak,” ucap Sarah.

Diusik dengan pertanyaan sama ada Siti Sarah sudah bersedia untuk ham1l lagi, dia tampak sedikit gelisah.

“Saya takut sebenarnya. Saya takut melalui pertukaran horm0n terutamanya selepas bersalin nanti. Saya boleh handle everything, Insya-Allah. Cuma bila tiba masa pertukaran hormon, itu yang bukan mudah dan itu yang menavtkan.

“Tambahan pula kebetulan setiap kali Sarah bers4lin, Shuib selalu tidak ada bersama kerana dia terikat dengan penggambaran filem dan macam-macam kerja lagi.

“Tapi kalau ada rezeki, Sarah akan demand. Sarah akan demand supaya dia ada bersama. Kita buat kontrak supaya dia ada di rumah dan kalau dia tak ada, nanti dia kena sam4n,” kata Sarah ketawa dalam nada berseloroh.

Tambah Sarah, jika rezeki telah ditetapkan dia masih sanggup melalui semua proses keham1lan dan melahirkan cahaya mata mereka tetapi masih lagi dengan syarat bahawa Shuib mesti ada bersama di sisinya. 

“Kalau ikutkan masa awal-awal kahwin dulu memang kita merancang untuk mempunyai empat orang cahaya mata, tapi itu semua perancanganlah. Semuanya terletak pada rezeki daripada Yang Maha Esa,” kata Shuib.

“Saya tahu Shuib mahukan anak lagi dan saya pernah tanya pada dia sama ada mahu tak ambil anak angkat, tapi dia tidak mahu kerana dia tahu tanggungjawab mengambil anak angkat sangat besar.

“Satu kita fikirkan bila mereka dah besar, tentang har4m halal, aur4t anak perempuan, anak lelaki dan aur4t sendiri, jadi banyak tanggungjawab yang perlu dijaga biarpun berada di dalam rumah sendiri,” sambung Sarah.

Menurut Sarah lagi, mereka memang sudah mempunyai beberapa orang anak angkat tetapi tidak tinggal bersama mereka.

Ditanya tentang tanggungan anak-anak tersebut, Sarah tersenyum tetapi tidak mahu melanjutkan lagi perbualan mengenai anak-anak angkat mereka.

“Biarlah ianya menjadi rezeki mereka dan rezeki kami. Bukan sesuatu perkara yang membebankan dan rasanya tak manis untuk dibualkan,” kata Sarah tersenyum dan mengakhiri bicara kami.

Perkahwinan pasangan romantis Shuib dan Sarah dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Kredit Gambar: Instagram Siti Sarah Raisuddin

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*