Ibu Terpaksa Payung 3 Anak Untuk Mencari Pendapatan Dengan Kelapa Tepi Jalan,

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang adalah perumpamaan yang tepat untuk menggambarkan situasi sesetengah masyarakat kita hari ini. Mereka yang tidak bernasib baik terpaksa bekerja keras demi sesuap nasi.

Seperti perkongsian ini, sepasang suami isteri bersama tiga anak kecil dilihat berada di tepi jalan dalam hujan renyai. Simpati melihat keadaan itu, individu ini singgah menghulurkan bantuan.

3 anak kecil dalam hujan

iada yang namanya kebetulan di dunia ini. Semua berlaku dengan izin dan kehendakNya. Pasti ada hikmahnya. Si ibu memegang payung untuk melindungi 3 anak kecilnya yang kehujanan, si ayah pula membetulkan bambu panjang yang digunakannya untuk mengait kelapa muda. Ini situasi yang saya terlihat di tepi jalan semasa dalam perjalanan menuju ke lokasi agihan bantuan.

Kereta saya hentikan serta merta!! Tak fikir banyak, langsung buka bonet capai 10kg beras, sekotak telur & barang dapur lainnya untuk diberi pada keluarga ini. Mujur ada lebih. Buat apa sini kak? Kelapa ni jual ka? Tinggal mana?

Menerusi perkongsian tersebut, si ibu dilihat berdiri memayungi anak-anak yang duduk beralaskan plastik. Manakala si bapa membetulkan bambu yang digunakan untuk mengait kelapa muda.

Ayah belum dapat kerja sebab PKPB

Tanya kami kerana ingin tahu. Si ayah belum dapat bekerja sebab PKPB. Mereka mengait kelapa yang tumbuh terbiar di tepi jalan untuk dijual. Pastinya untuk membeli keperluan kehidupan.

Tak sampai hati tengok anak-anak kecilnya berhujan duduk di tepi jalan. “Kak, saya beli semua ni pastu kakak dan budak-budak terus balik rumah ya… Jangan di sini lagi, hujan.” ia ia saja kata si ibu. Simpati sebenarnya.

Andai kalian dipertemukan dengan insan-insan seperti ini, belilah hasil jualan mereka. Walaupun ianya mungkin bukanlah keperluan kita. Niatkan saja untuk membantu. Kita buat supaya mereka bisa pulang awal ke rumah untuk berehat. Bolehkan.

Jadilah alasan orang lain tersenyum. With LOVE.

Apabila ditanya, si ibu memberitahu suaminya tidak bekerja kerana perintah kawalan pergerakan dan mereka terpaksa mengait kelapa yang tumbuh meliar untuk dijual. Hasil jualan dapatlah mereka membeli keperluan harian.Sebak melihat keadaan tersebut, individu ini membeli semua kelapa dan menghulurkan sedikit bantuan untuk meringankan beban.

Sumber: Salahuddinyusuf Ibnayubbi / Sukarelawan C0vidd19 M’sia Via OhBulan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:http://www.awatttsyeikhh.com/ibu-terpaksa-payung-3-anaknya-dalam-hujan-kait-kelapa-tepi-jalan-untuk-dijual-dan-apa-yang-dilakukan-oleh-lelaki-buat-orang-ramai-tergamam/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*