Tiz Zaqyah Tidak Mahu hidup Jika Berpol1gami

Usia sudah menganjak 32 tahun, pelakon Tiz Zaqyah mengakui tidak terlepas dengan persoalan mengenai perkahwinan dan bilakah dia akan mendirikan rumah tangga.

Membintangi drama Isteri Misteri mengisahkan pasangan suami isteri berhadapan mas4lah rumah tangga, termasuk situasi poligami, Tiz menganggap apa yang berlaku berkaitan jodoh adalah ketentuan takdir.

“Apa yang boleh saya katakan, jodoh itu ketentuan Tuhan. Kadang-kadang, apa yang kita tak mahu, itulah yang akan kita dapat. Begitu juga sebaliknya,” katanya.

Ditanya sama ada dia mampu menerima jika ditarikan suaminya berpoligami, Tiz tidak mampu memberikan jawapan namun tidak dapat membayangkan jika terjadi pada dirinya.

“Saya pun belum berumah tangga, jadi rasanya saya tak mampu memberikan jawapan yang tepat dan spesifik. Cuma, saya tak boleh bayangkan kalau ia berlaku kepada diri saya,” katanya.

Drama Isteri Misteri akan ditayangkan pada setiap Rabu dan Khamis, jam 6 petang di TV3. Selain Tiz, Isteri Misteri juga turut dibintangi barisan pelakon hebat lain antaranya Sharnaaz Ahmad, Azira Syafinaz, Sharifah Sakinah, Azar Azmi dan ramai lagi.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:Rotikaya

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*