Ini Pendedahan Shuk Sahar Kenapa Dia Hadiahkan Iphone 12 Untuk Isteri

Pelawak dan penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar baru-baru ini ada memberikan kejut4n berupa telefon bimbit terkini model iphone 12 khusus buat isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah.

Ini kerana, menurut Shuk, isterinya itu sudah pun lama menyimpan hasrat untuk menggunakan telefon bimbit jenama berkenaan selain sebelum ini dia juga jarang dapat isi masa bersama atas komitmen kerja.

Shuk berkongsi perkara tersebut menerusi sedutan video yang boleh ditonton dalam versi penuh menerusi saluran YouTube rasminya.

“Asalamualaikum guys… Baru2 ni wife saya agak mer4juk dekat saya. Sebab saya takde masa untuk dia.

“Kadang2 balik rumah tu cuma berlaga bahu saje..tak sempat nak borak2..balik rumah kadang2 terus letak kan kepala dekat bantal.

“So dia agak m0nyok sikit sejak dua menjak ni. So saye sebagai suami yang baik dan gentlement! Saya beri dia kejutan yang tak di sangkah2 guys.

“Sebenarnya wife saya teringin sangat nak pakai iphone..jadi malam ni saya tunaikan impian dia untuk pakai iphone! So nak tengok full video boleh pergi ke shukchannel!

Korang mesti tak percaya berapa harga iphone tu..saya dapat murah gil4!,” tulisnya panjang lebar menerusi kapsyen di Instagram.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh 𝑯𝒐𝒕𝑭𝑴 𝑫𝑱 𝑨𝒏𝒏𝒐𝒖𝒏𝒄𝒆𝒓 (@shuk_hotfm)

Terdahulu, Shuk dan isterinya yang mesra disapa sebagai Sera, mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2015 di Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah dan pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:MH

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*