Isteri Lan Solo Luah Rasa Kec3wa

Isteri kepada penyanyi Lan Solo meluahkan rasa kec3wa apabila ada pihak seperti tidak berpuas hati dengan perniagaan mereka.

Sheila Razlan menerusi hantaran di Instagram (IG)nya memberitahu, kedai runcit mereka Solo Borneo Mart sudah berkali-kali diserbu penguatkuasa kerana menerima laporan mengenai premis perniagaan mereka.

Tidak pasti motif pihak berkenaan melakukan demikian Sheila memberitahu, Solo Borneo Mart beroperasi dengan lesen yang sah.

Mereka turut mematuhi segala peraturan ditetapkan Majlis Bandaraya Subang Jaya termasuk memantau kebersihan, penyelenggaraan, proses nyah kuman serta mematuhi SOP sepanjang kedai mereka beroperasi.

“Awak…Kedai saya ada lesen yang sah..Segala peraturan kebersihan pun kami akan pantau, Dapat A lagi wak!

“Pest control pun ada semburan berjadual, maintenance kita ikut SOP, sanitizing seluruh kedai, tong sampah sebesar-besarnya kami sediakan seperti apa yang pihak berkuasa nak,” katanya.

“Cukup-cukup la asyik report je. Kami tak kacau orang wak, seminggu sampai dua kali penguatkuasa datang kedai bagitahu ada orang report,” katanya.

Tambah Sheila, dia dan Lan sudah sehabis daya melakukan yang terbaik untuk menjaga perniagaan mereka dan mematuhi undang-undang.

“Hari ni ada lagi report pasal kedai kami. Apa lagi salah kami wak?

“Kami sampai dah habis daya dah buat yang terbaik…Apa ja yang awak report ek? Lepas tu bila kami tak kena sam4n sebab kami cukup segala dokumen, awak report lagi dan lagi.

“Awak nampak tak dengan baju tidur kita terpaksa datag kedai untuk selesaikan report awak kat pihak Majlis,” luahnya lagi.

Dalam pada itu, Sheila berkata niat mereka berniaga sama seperti peniaga lain, mahu mencari duit lebih selain membantu orang lain.

Sheila juga terbuka untuk menerima cadangan penambahbaikan daripada orang ramai atau boleh beritahu kepada Solo Borneo Mart jika perkhidmatan mereka tidak memuaskan.

Niat kami sama maacm peniaga lain jugak. Nak cari duit lebih, selain dapat membantu orang Borneo yang homesick dengan makanan Borneo.

“Kalau anda semua ada idea untuk penambahbaikan atau tidak selesa bagitahu dengan kami. Jangan asyik report je,” katanya kesal.

Kebangkitan Lan Solo

PENYANYI Lan Solo mengakui terpaksa bermula dari bawah sebaik meninggalkan band sebelum ini.

Menurut Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, bukan tidak mempercayai pada rezeki, namun dia beranggapan kekuatan seseorang penyanyi yang muncul dengan band adalah band itu sendiri.

Malah dia mengakui setiap kali ada anggota band yang meninggalkan band, Lan sering terfikir bagaimana nasibnya suatu hari nanti, jika dia juga terpaksa bergerak sendiri.

“Bagi saya seorang seniman bergantung pada karya, jadi saya memang takut ditinggalkan atau meninggalkan band sebab bagi saya kekuatan seorang penyanyi yang ada band adalah bila bersama bandnya.

“Lagi pula saya ada tanggungan yang besar, bukan setakat pada anak-anak tapi keluarga. Jadi saya bimbang jika sukar cari makan.

“Lepas bergerak solo, saya terpaksa merangkak macam mula-mula dulu tapi Alhamdulillah sekarang saya mampu berdiri atas kaki sendiri,” katanya ketika ditemui selepas selesai Lan Solo Next Level Showcase yang berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman, Malaysia Tourism Centre (MaTiC) Kuala Lumpur, malam semalam.

Showcase yang merupakan simbolik 20 tahun Lan Solo di dalam industri itu turut dimeriahkan dengan kehadiran lima orang bekas anggota kumpulan Kristal terdiri daripada Ainol, Ezal, Joe, Ejan dan Amai yang mengiringi persembahan selama dua jam itu.

Seramai 400 peminat dan rakan artis turut sama hadir memeriahkan showcase berkenaan.

Ditanya adakah showcase ini sebagai simbolik menunjukkan dia kini mampu bergerak sendiri, penyanyi berusia 34 tahun menafikannya.

Bagaimanapun dalam masa yang sama, Lan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mempercayai kemampuannya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Gem pak /http://trendingsangat.pw/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*