Sampai je saya kat kampung, nampak anak duduk sorang2 depan pintu sambil pegang botol susu berisi air kopi

Suami bawa anak umur setahun balik kampung dulu sebab cuti saya lambat nak approved. Bila saya sampai kampung, dengar bising sangat dengan ramai keluarga ipar yang balik. Waktu saya sampai diorang tak perasaan saya masuk, ketika itulah saya nampak anak saya duduk sorang – sorang di sudut pintu. Hampir mengalir air mata tengok keadaan anak saya…

#Foto sekadar hiasan. Admin tolong siar luahan tumpangan ni ye.. Niat saya hanya nak meluah je. Hari tu suami saya cuti, dia nak bawa kitorang balik kampung tapi saya terp4ksa balik kampung 5 hari lepas suami balik sebab cuti saya lambat approve. Jadi suami nak bawa anak kami dulu, umur setahun lebih.

Nak dijadikan cerita, petang tu saya sampai kampung, memang rumah riuh rendah mungkin adik beradik, ipar – ipar yang lain pun ada balik juga. Kedengaran suara budak – budak dalam rumah tu. Bising bermain. Diorang tak perasaan saya dah sampai. Bila saya masuk je rumah, saya nampak anak saya di sudut pintu. Dia duduk sorang – sorang dengan mata merah baru lepas menang1s. Pampers pun dah penuh , seluar pun dah basah. Duduk je dia kat situ dengan botol susu yang berisi air kopi. Hingus pun dah sampai pipi. Hairan saya macam mana anak saya jadi macam ni.?

Anak saya men4ngis terus datang peIuk saya dan saya boleh rasa peIukan itu menandakan dia betul – betul perlukan perhatian. Sambil men4ngis teresak – esak. Hampir mengalir air mata saya. Saya bawa anak saya masuk dalam ruang tamu, lagi terk3jut saya tengok semua ahli family ada kat situ. Diorang rupanya tengah tengok tv, husband pun ada kat situ dengan cucu – cucu yang lain tengah bermain dengan mak ayah mentua tapi anak saya disisihkan ke?

Nampak saya je semua terk3jut, terutamanya suami saya. Saya tanya kenapa biarkan anak ni sorang – sorang dekat sana, kenapa bagi minum air kopi? Dah tak ade susu ke? Saya bagi pandangan taj4m pada husband saya. Boleh dia bermain dengan anak – anak buah dia yang lain sementara anak sendiri tak urus.

Mak mentua pula bersuara, “anak kau tu yang tak nak main dengan kami. Suruh mandi pun tak nak.” Allah terk3jut saya. budak ni tak sampai 2 tahun pun, nak suruh mandi sendiri ke apa. Tukar pampers sendiri ke apa. Saya jeling je, saya betul – betul s4kit hati. Saya bawa anak saya ke tempat mandi dan buka pakaian dia. Allah, celah dah merah smpai saya sentuh pun dia n4ngis. Entah dah berapa hari pampers dan baju dia. Bau pun dah tau macam tak pernah tukar. Saya bawa anak ke kIinik. Saya tak fikir nak teruskan niat nak berkumpul dekat sana. Lepas ke kIinik saya mesej husband, “saya otw balik, awak habiskanlah masa dengan keluarga awak” Saya terus drive balik. Betul – betul kec3wa dengan apa yang saya nampak.

Saya bukan demand nak dorang layan anak saya macam raja tapi sekurang – kurangnya janganlah sampai macam tu, layan la sama rata semua cucu. Kalau rasa tak boleh tak sayang sorang cucu tu, tak payah la beriya sangat nak jumpa nak bawa tinggal bersama. Terutamanya suami kalau ikutkan hati tak nak lagi jumpa dia. Sampai hati dia buat anak sendiri macam tu. Maaflah kalau korang rasa ni terlebih em0sional.

Berikut pula Komen dari Warganet :

Minemina Aminah : Waa sedihnya. Kesian anak. Tapi yang pelik anak sorang belum berderet lagi. Simple punya rutin pun tak boleh nak buat. Awak tu dah jadi seorang ayah? Bajet hidup bujang lagi ke. TT, saya tak boleh bayangkan rasa heartbr0ken awak macam mana. Harap awak kuat dan tabah. Semoga awak dan anak awak dalam IindunganNya sentiasa. Aamiin!

Nurul Aini Zainudin : Laki tu yang b0d0h. Kalau rezeki dia dapat mak mertua dan ayah mertua jenis macam tu nak buat macam mana. Sekurang – kurangnya laki dia patutnya boleh tengokkan anak. Ni laki dia pon sama tak boleh harap. Kalau aku pon memang sah aku tinggalkan laki macam tu. Dengan tak mandi, tak terurus satu hal, air kopi plak ko bagi budak tu minum. Sengal tak boleh diajar la dapat orang macam ni. Sabarla sis, semoga ada jalan yang terbaik untuk awak.

Zainora Hayari : Saya tak akan benarkan husband bawak balik anak – anak sendiri balik kampung dia, tambah lagi umur macam tu puan. Memang tak akan, baiklah anak dengan saya sampai saya balik kampung. S4kitnya hati kalau dapat suami macam ni dan mentua yang macam ni. Kalau saya jadi puan, saya pun akan buat macam puan buat, balik rumah dan tak tau bila akan balik kampung husband lagi. Jangan sesekali percaya sesiapa pun. Lepas puan balik tu rasenye berbakullah keluarga mentua akan kvtuk kita sebagai menantu ni. Bukan saje nak cakap macam ni, tapi bila dah mentua pun reply macam tu, hurmm dapat agak dah macam mana diorang tu.

Haza Ramli : Semua yang ada kata salah suami, kalau tak tumpah kuah ke nasi ke mana lagi kan. Satu famili tu dvngu. Budak umur setahun setengah jalan pon tak betul, nak mintak susu pon tak reti. Rasanya seluruh keluarga mentua awak tu yang tak betul.. RefIeksi orang tua yang betul dan normal, bila tengok cucu comot dan terabai dia akan dapatkan budak tu, walaupun budak tak suka. Budak setahun setengah, em0si boleh kawal la. Lain la kalau umur 6 7 tahun, kalau dia tak suka memang dia tak suka dan ngada – ngada. Itu memang istilah boleh terpinggir sebab tak nak bergaul.

Azuera D’amore : Ya Allah kesian anak sis. Agaknya kalau sis tak balik masa tu. Macam mana anak sis? Adakah dia akan dibiarkan keseorangan sampai esok pagi? Tak ada siapa yg ambil peduli, ada bapak pun tak guna. Suami patut jaga anak, mandikan anak, buatkan susu bila isteri tak ada. Itu bukan anak pungut, anak dari dar4h daging sendiri. Memang suami sis ni jenis manusia tak berotak. Kalau sesiapa kenal laki sis ni boleh bagi komen saya ni untuk suami dia baca.

sumber: http://transformasi.pw/ http://trendingsangat.pw/sampai-je-dekat-kampung-air-kopi/

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*