Dim4ki Berkebaya Ke Stesen TV

Selebriti media sosial, Nizam Rahman memohon maaf dan memberi penjelasan berikutan video tular dia berpakaian wanita di pekarangan stesen TV Al-Hijrah pada Selasa.

“Ada yang kec4m nizam tak hormat sebuah stesen TV ni sebab berpakaian wanita.

“Saya ni takdelah bodoh mana atau hilang akal berpakaian wanita nak masuk TV!” jelasnya dalam satu hantaran di Instagram.

Sebelum itu, menerusi siaran langsung di laman sosialnya, Nizam berkebaya merah jambu hadir ke stesen penyiaran Islamik itu untuk menjalani satu penggambaran video.

Menerusi video itu, dia dihampiri dua lelaki yang kemudian menegur perbuatannya sehingga tercetus perbalahan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nizam Rahman / Ramona (@nizam_rahman)

“Saya memang plan nak tukar baju masa sampai sana. Kawan saya pegang baju lagi,” jelasnya.

Tambahnya, dia tidak kisah menerima teguran, namun akui terkejut diserg4h sedemikian.

“Mungkin ramai tak tahu saya sendiri pernah praktikal di sebuah stesen TV swasta. Jadi, saya tahu macam mana nak beradab.

“Macam biasa, ada sesetengah klien mahu saya bawa karakter Ramona,” katanya yang menjelaskan ketika kejadian dia baru balik dari shooting produk.

 

Kredit foto: IG Nizam

 

 

Nizam kemudian tampil berbaju Melayu dalam rakaman bersama stesen TV berkenaan selepas menukar pakaian  bagi menjalani program Live Assalamualaikum Biz untuk mempromosikan produk makanan ringan, Serangup. – CARI

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : CARI

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*