“Siapa cakap batal?” – Pengantin Perempuan Positif C0vld-19, Perkahwinan Tetap Dilangsungkan Tapi…

Kehidupan dalam era pandemik diakui sangat mencabar, segalanya perlu dilakukan dalam keadaan norma baharu yang jelas sekali bercanggah dengan kehidupan terdahulu kita.

Tapi nak buat macam mana, life must go on, kalau nak tunggu pandemik habis, entah bila kita pun tak tahu.

Majlis perkahwinan adalah antara beberapa aktiviti yang perlu ‘diubahsuai’ bagi memastikan tiada jangki1tan C0vi1d-19 berlaku.

Kahwin style Romeo dan Juliet

Pasangan Lauren Jimenez, 29, dan Patrick Delgado, 27, mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan mereka walau apa pun terjadi.

Termasuklah jika salah seorang daripada mereka dijangk1iti C0vi1d-19.

Pasangan dari Ontario, California itu telah mengubah rancangan perkahwinan mereka sebanyak 3 kali sebelum ini.

Akhirnya setelah menetapkan tarikh 20 November sebagai tarikh perkahwinan mereka, namun pasangan itu didatangi dengan ‘mimpi ngeri’.

Beberapa hari sebelum hari bahagia itu tiba, pengantin perempuan pula disahkan dijangkiti vi1rus tersebut.

Tidak mahu terus menangguhkan lagi rancangan mereka, pasangan tersebut mengambil keputusan untuk meneruskan perkahwinan dengan style ala-ala Romeo dan Juliet.

Pasangan itu tidak bersentuhan tapi hanya disambungkan melalui tali putih yang diletakkan di tepi tingkap rumah wanita tersebut.

Pengantin lelaki pula berada di ruangan pejalanan kaki rumah tersebut lapor Daily Mail.

Lesen perkahwinan hampir tamat

Menurut pasangan Jimenez dan Delgado yang sudah empat tahun bersama itu, mereka juga mempunyai alasan lain untuk tidak menundakan perkahwinan tersebut.

Kata mereka, pas kebenaran perkahwinan mereka bakal tamat tidak lama lagi menyebabkan perkahwinan itu harus disegerakan.

Harap-harapnya pengantin perempuan tersebut cepat sembuh supaya dapatlah dia menjalani kehidupan barunya…

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : LobakMerah

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*