Setahu Saya Arwh Tak MufI1s. Duit lnsurans RM274OOO, BiIa Nak Bahagikn Bahagian Anak Saya – Bekas Isteri

Isu membabitkan pembahagian harta Allahyrham Mejar Mohd. Zahir Armaya yang juga anak kepada pelawak AR Badul hangat diperkatakan ramai sejak beberapa hari ini.

Ia susulan kenyataan AR Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie, 71, yang kesal apabila haknya sebagai bapa dinafikan tanpa penjelasan munasabah.

Menurut Badul, meskipun orang ramai mula bercakap perkara burvk mengenainya, namun beliau tetap dengan pendirian dan mahu jawapan tentang tuntutan bahagiannya.

Bagaimanapun, isu tersebut memasuki episod baru apabila bekas isteri Allahyrham pula tampil dan menuntut bahagiannya.

Jamilah Ismail, 38, mahu penjelasan daripada balu Allahyrham, Nour Shafinar Harun, 32, berhubung urusan pembahagian duit berkenaan kepada dua anaknya yang sehingga kini tiada perkembangan.

Duit insurans RM274 ribu, belum ada perkembangan berhubung urusan pembahagian

RM274,000, itu jumlah duit insurans yang didkwa dibayar syarikat insurans kepada Allahyrham Mejar Mohd. Zahir Armaya.

Sehubungan itu, bekas isteri Allahyrham, Jamilah Ismail, 38, mahu penjelasan daripada baIu Mohd. Zahir, Nour Shafinar Harun, 32, berhubung urusan pembahagian duit berkenaan kepada dua anaknya yang sehingga kini tiada perkembangan.

Jamilah berkata, dua anaknya lelakinya, Mohamad Remy Iskandar, 9, dan Mohamad Ebel Zulkarnain, 10, layak menerima duit insurans berkenaan kerana mereka adalah anak arwh.

Katanya, dia dimaklumkan oleh syarikat insurans bahawa jumlah bayaran yang diterima oleh bekas suaminya adalah RM274,000 beserta khairat kem4tian RM6,000.

” Saya pernah bertanya dengannya (Nour Shafinar) tentang faraid insurans berkenaan, dia maklum akan berbincang dahulu tentang perkara itu.

” Saya tanya bila nak faraidkan duit itu, dia kata dia tunggu keputusan. Andai kata duit itu perlu difaraidkan maka dia akan faraidkan.

” Tapi kalau keputusan kata duit itu atas nama dia seorang, maka dia seorang yang mendapatnya, katanya.

” Itu yang dia beritahu menerusi Whatsapp. Selepas itu dia senyap dan terus mendiamkan diri, dan tak hubungi saya langsung,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Tambah Jamilah lagi, seharusnya dua anak lelakinya layak mendapat bahagian mereka berdasarkan hukum faraid.

Jamilah juga berkata pihak ATM sendiri tidak pernah datang melawat mereka bagi bertanyakan perkara tersebut.

Baru-baru ini, Nour Sha­finar ketika menjelaskan keadaan dirinya yang dituduh menafikan hak bapa mentuanya, A.R. Badul dalam kes pembahagian harta berkata, Allahyrham suaminya tiada sebarang harta kerana sudah diisytihar mufIis.

Jelas Nour Shafinar, tentang pertikaian berkenaan insurans kelompok yang diterima, memang dia sudah menerimanya namun buat masa ini dia masih belum memberikannya kepada pi­hak bapa mentuanya lagi.

Jamilah berkata, dia berasa sangat terkilan kerana dua anaknya seperti dinafikan hak mereka oleh Nour Shafinar untuk menerima wang insurans berkenaan.

Dalam pada itu, dia menafikan bekas suaminya adalah seorang yang mufIis.

” Saya 10 tahun bersama Allahyrham, setahu saya arwh tidak mufIis, hanya disenarai hitam. Itupun sa­ya difahamkan sudah selesai,” katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber: https://www.asiakini.com

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*