
Memetik laporan Utusan Malaysia mengatakan dua anak Allahy4rham Mejar Mohd. Zahir Armaya bukan sahaja tiada pembelaan malah tr4uma sehingga mengalami masalah psikologi kerana kerap diejek ekoran kemat1an bapa mereka.
Bekas isteri Allahy4rham, Jamilah Ismail, 38, berkata, dia sedih mengenang nasib dua anaknya, Mohamad Remy Iskandar Mohd. Zahir, 9, dan Mohamad Ebel Zulkarnain, 10, yang terabai.
” Inikah nasib anak pegawai yang mempunyai pangkat dalam tentera? Sejak arwh bapa mereka meninggI, kehidupan dua anak terabai dan langsung tiada bantuan diterima.
” Satu Malaysia dimaklumkan pelbagai bantuan disalurkan atas nama balu Allahyrham dan anak-anaknya tetapi tapi anak-anak saya, satu sen pun tidak terima bantuan yang disumbangkan itu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.
Susulan dari laporan tersebut, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV), Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad membuat kenyataan pada sidang media di Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Menara TH, Kuala Lumpur.
Datuk Dzulkarnain Ahmad menjelaskan bahawa bagaimana pembayaran dibuat kepada balu, Nour Shafinar Harun dan bekas isteri, Jamilah Ismail.
” Untuk bayaran kepada balu, kita bayar terus kepada balu.
” Sementara bayaran kepada anak bekas isteri, kita bayarkan kepada akaun anaknya itu.
” Untuk anak yang bersama dengan balu, di mana ada tiga orang anak, kita bayarkan ke akaun balu. Manakala anak Allahyrham dengan bekas isteri pula, kita bayar ke dalam akaun anaknya.” kata Datuk Dzulkarnain.
Tidak perlu berjumpa AR Badul
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Arah Rekod dan Pencen, Mejar Jeneral Datuk Nazri Abu Bakar pula berkata, pembayaran dibuat berdasarkan peraturan dan tiada keperluan untuk bertemu AR Badul.
” Kita tidak perlukan apa-apa perbincangan ya.
” Kalau dia (AR Badul) maksudnya hadiah-hadiah daripada individu dan juga insurans, itu adalah hak dia (Allahyrham), itu adalah di luar bidang kuasa kita.
” Kita tidak ada apa-apa sebab kenapa perlu berbincang dengan saudara AR Badul kerana tanggungjawab ATM telah pun dilaksanakan.
” Sekiranya dia merujuk kepada cucunya di sebelah bekas isteri arwh berhubung hak-hak (pembahagian harta), semua kita sudah bayar daripada pihak ATM.
” Tapi kalau dia menuntut insurans dan juga hadiah-hadiah yang diterima, itu perlu dibincangkan mereka sesama keluarga. ATM tidak mempunyai kuasa untuk menentukan pembahagian tersebut.
” Sebenarnya peraturan yang kita buat ini adalah bagi dalam keadaan per4ng, maknanya kalau anggota m4ti ketika berp3rang, kita akan bagi bantuan tersebut dalam kadar segera. Kita jaga kebajikan anggota-anggota kita.” katanya.
Mohd. Zahir yang juga merupakan anak pelakon dan pengarah veteran, A.R. Badul, seorang anggota komando meninggI dnia ketika melakukan demonstrasi keupayaan sempena pelancaran penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) di Kem Kok Lawi, Sabah.
Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan A.R. Badul menolak dkwaan mahu membolot harta anaknya dengan menjelaskan dia hanya mahu menuntut haknya sebagai bapa.
A.R. Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie, 71, berkata, buat masa ini dia tidak kisah jika ada pihak yang mengambil kesempatan mengec4m dirinya memandangkan dia hanya memikirkan keadaan cucu-cucunya.
Jamilah berkata, setakat ini, dua anaknya hanya menerima pencen arwh suaminya, bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM200 dan bantuan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) sebanyak RM500 termasuk RM200 dalam bentuk baucar atas namanya sebagai ibu tunggal.
Bayaran faedah kem4tian Allahy4rham Mohd Zahir selesai
KUALA LUMPUR – Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menyelesaikan semua bayaran faedah kematian pegawai komando Leftenan Kolonel Mohd Zahir Armaya kepada semua warisnya yang layak.
Ketua Pengarah JHEV, Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad berkata, faedah itu diserahkan kepada dua anak kandung Allahyarham iaitu Mohamad Remy Iskandar, 9, dan Mohamad Ebel Zulkarnain, 10, hasil pernikahan Mohd Zahir dengan bekas isterinya, Jamilah Ismail, 38.
Beliau berkata, dua anak arwah menerima bayaran sekali beri Ganjaran Terbitan dan Faedah Gantian Cuti Rehat (FGCR) berjumlah RM32,923 yang dibuat pada Oktober tahun lepas.
“Kedua-dua anak Allahy4rham juga menerima bayaran bulanan Pencen Terbitan, Pencen Orang Tanggungan dan Ex Gratia Orang Tanggungan (EXOT) sebanyak RM 1,663.43 bermula November 2019,” katanya kepada pemberita pada sidang media khas JHEV, di sini hari.
Beliau berkata, JHEV dan Kementerian Pertahanan memandang serius kenyataan yang mengatakan dua anak Allahy4rham terabai dan tidak mendapat pembelaan ATM yang disiarkan dalam akhbar semalam.
“JHEV dan ATM sentiasa berusaha memenuhi hak setiap peringkat veteran ATM serta orang tanggungan mereka bagi anggota ATM yang telah menamatkan perkhidmatan, bersara mahupun men1nggal dunia berdasarkan peraturan sedia,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Rekod dan Pencen ATM Mejar Jeneral Datuk Nazri Abu Bakar berkata, tiada keperluan bagi jabatan itu untuk berbincang dengan bapa Allahy4rham, Armaya Aman Ramlie, 71, yang lebih dikenali sebagai A R Badul mengenai pertikaian pembahagian faedah kem4tian mahupun hadiah daripada individu lain serta insurans Allahy4rham.
“Dari segi bayaran faedah kematian Allahy4rham, itu adalah berdasarkan peraturan (yang ditetapkan ATM).
“Kalau dimaksudkan pemberian atau hadiah daripada individu dan insurans, perkara itu juga tidak dibincangkan kerana ia di luar bidang kuasa ATM...itu perlu dibincangkan dengan keluarga,” katanya.
A R Badul sebelum ini dilaporkan berkata, beliau menuntut haknya selepas kematian Allahy4rham dan mend4kwa haknya sebagai seorang bapa seolah-olah dinafikan.
Dzulkarnain berkata, selain Jamilah, turut menerima faedah kematian Allahy4rham ialah ibu beliau Rusunjan Mohammad, 58, dan balu beliau Nour Shafinar Harun, 32.
“Rusunjan menerima bayaran sekali beri Ganjaran Terbitan berjumlah RM16,029 pada Mac lalu dan bayaran bulanan Pencen Terbitan dan Pencen Orang Tanggungan berjumlah RM 1,253 mulai April 2020.
“Nour Shafinar menerima bayaran sekali beri Ganjaran Terbitan dan FGCR berjumlah RM 91,983.73 pada Oktober tahun lalu dan bayaran bulanan Pencen Terbitan, Pencen Orang Tanggungan dan EXOT berjumlah RM 5,416 mulai bulan November 2019.
Mohd Zahir, 36, pegawai komando daripada 11 Rejimen Gerak Khas, meninggal dunia pada 4 Sept 2019 selepas terkena tembakan ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah. – Bernama
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://apaceritatv.com.my/
Leave a Reply