“Masih Boleh Kerja Tapi…,” – Doktor Saran Banyak Rehat, Nabila Razali Kongsi Perkembangan Masalah Peti Suaranya

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali berkongsi perkembangan terkini mengenai masalah kotak suara yang dihadapinya.

Jelas Nabila, banyak faktor menyebabkan dirinya berdepan situasi tersebut sehingga terpaksa menarik diri pada peringkat separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35).

Malah, akuinya lagi, disebabkan itu juga dirinya mulai sedar betapa pentingnya menggunakan teknik nyanyian betul ketika membuat persembahan.

“Kalau nak kata punca, sebenarnya ada banyak faktor. Tanya doktor, dia pun tidak tahu punca sebab saya saja tahu kenapa boleh terjadi. Bagi saya dulu kerja tanpa henti, mungkin kesan cara nyanyian yang tidak ada teknik.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Second Chance 🥀🥀🥀 (@nabila.razali)

“Jadi selepas itu baru tahu betapa penting teknik nyanyian untuk buat persembahan. Faktor lain pula mungkin juga pemakanan tak jaga.

“Apabila masalah ini terjadi, tidaklah sampai tak boleh bangun. Saya masih boleh kerja tapi kena had,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.

Sementara itu, Nabika juga dinasihatkan juga untuk berehat seberapa lama yang boleh daripada menyanyi.

“Alhamdulillah, keadaan berkurang dari sebelum ini, tapi saya tak boleh janjikan apa-apa boleh buat benda biasa macam dulu. Contoh, saya kalau gelak kuat, jadi sekarang kena kawal sikit, tidak boleh cakap kuat-kuat dan tak boleh cakap dalam suasana bising sebab nanti kena cakap kuat.

“Keadaan sekarang adalah proses nak sembuh. Doktor saran banyakkan rehat. Ada hikmah juga semua ini tambahan lagi Cov1d-19 jadi tak banyak acara. Ia beri isyarat untuk saya rehat sekejap. Kalau dulu hampir setiap hari ada acara.

“Macam sekarang, berlakon berhenti sekejap dan program nyanyian tolak dulu. Pendek kata saya hadkan pemilihan kerja dari segi aktiviti. Kalau ada sesi fotografi okay lagi.

“Soal berapa lama, doktor nasihat seberapa lama boleh, tapi memandangkan kerjaya saya ini memerlukan fizikal dan suara, dia faham. Tapi dia cakap kalau boleh berhenti sekejap untuk dia lihat perkembangan.

“Macam saya ada cari info mengenai masalah ini, apa yang mereka buat adalah betul-betul setahun tak menyanyi.

“Tapi bagi saya takkanlah setahun tak cari duit. Masalah ini membabitkan suara saja dan aktiviti lain boleh lagi,” katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : MH

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*