Nia Ramadhani Mula Ket4kutan

Nia Ramadhani antara selebriti yang kerap menarik perhatian netizen. Bukan kerana paras rupa mahukan kelangsingan badannya sahaja, tetapi dengan kelakuan-kelakuannya yang membuatkan netizen tampil ‘membawang’.

Dalam tahun 2020 ini sahaja, Nia pernah mengemparkan netizen apabila dia dikatakan tidak pandai memecahkan dan memasak telur dan kali pertama dia berbuat demikian, mendapat pujian dari suaminya, Ardie, yang begitu bangga dengan pencapaian terbaru isterinya itu.

Diikuti pula pendedahan bahawa selama dia hidup, inilah baru pertama kali dia diberitahu sayur-sayuran perlu diletak dalam peti sejuk agar tidak cepat layu.

“Memang sayur-sayuran masuk peti ais ya? Saya tak tahu, bukan dibiarkan begitu sahaja?” soal Nia. “Ini untuk sayur, layu kalau dibiarkan begitu sahaja,” jawab pembantu rumahnya.

Selain itu, Nia memaklumkan dia selalu bangun lewat pagi namun tidak pernah dimarahi oleh mertuanya kerana dia sememangnya mempunyai masalah untuk bangun pagi sejak dari dulu lagi walaupun sudah mendirikan rumah tangga.

Dan baru-baru ini Nia sekali lagi membuatkan netizen heboh kerana tidak tahu berapa sukatan gula yang bersesuaian untuk membuat air kopi, membuatkan dia takut apabila bapa mertuanya, Aburizal Bakrie meminta air minuman itu darinya.

Melalui channel YouTube Ayu Dewi, Nia menceritakan bapa mertuanya pernah meminta dia untuk membuat air kopi. Tetapi Nia tidak tahu berapa banyak gula yang harus dimasukkan agar air kopi itu tidak terasa pahit ketika diminum.

Disebabkan tak tahu dan takut tersalah bancuh, Nia pun membawa bekas gula itu terus ke hadapan mertuanya.

“Masa tu buat air teh tahu, tapi buat air kopi tak tahu berapa jumlah gulanya. Terus saya bawa bekas gula dan letak di hadapan mertua,” kata Nia.

Bukan hanya itu, Nia juga diminta mengacau air kopi itu di depan mertuanya membuatkan dia berasa takut kerana bimbang caranya salah.

Nia Ramadhani dulu hidup su-sah, kena naik van pergi sekolah

Pelakon popular Indonesia, Nia Ramadhani sememangnya dikenali sebagai artis yang mempunyai banyak fakta unik mengenai dirinya sehingga menjadi bahan hiburan netizen.

Terbaru, pelakon berusia 30 tahun itu mendedahkan pernah mengalami kesusahan apabila terpaksa pergi ke sekolah dengan menaiki van tambang berkali-kali yang dipanggil ‘angkot’ sebelum sampai ke destinasi.

Kisah tersebut dikongsi Nia atau nama penuhnya Prianti Nur Ramadhani menerusi program Nyonya Boss yang ditayang pada 15 November lalu.

“Ibu saya sudah malas hantar, akhirnya kena naik van tambang. Kamu tahu tak perjalanan dari rumah saya untuk pergi menimba ilmu itu sangat sukar?,”

“Dari rumah saya harus berjalan kaki untuk naik van sampai ke Pondok Labu, kemudian tukar lagi ke van warna putih ke Stadion Lebak Bulus. Di situ ada bas mini dan terus sampai ke Pondok Indah,” katanya.

Mengimbau kehidupan lalu yang cukup sukar, pelakon drama bersiri Bawang Merah Bawang Putih itu berpesan kepada penonton agar terus berusaha bagi merasai kesenangan apabila tiba masanya nanti.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*