Nak kahwin punya hal, pemuda gigih buat 2 kerja… dah rezeki bakal pengantin, keropok lekor dijual viral sampai tak menang tangan – “Ada yang pandang-pandang tapi buat tak tahu”

PANDEMIK Cov1d-19 yang menyerang sejak penghujung tahun lalu meninggalkan impak yang bukan calang-calang, terutama daripada segi ekonomi.

Buktinya, ketika ini ramai yang kehilangan sumber mata pencarian dan terpaksa bergelut melakukan pelbagai jenis pekerjaan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Malah ada yang sanggup melakukan lebih daripada satu pekerjaan untuk meraih pendapatan sampingan, sebagaimana pemuda bernama Tawfiq Azmi ini.

Terdahulu, beberapa gambarnya yang menyarung poster ketika sedang menunggang motosikal menjadi tular selepas dikongsikan netizen di media sosial.

Poster itu yang mempromosikan keropok lekor ‘crispy’ menjadi perhatian ramai kerana ia turut menyelitkan ayat ‘nak cari duit kahwin’.

Berkongsi cerita dengan mStar, Tawfiq berkata dia sendiri hanya mengetahui gambarnya tular di media sosial selepas dimaklumkan oleh rakan-rakan.

Tawfiq berniaga keropok lekor asli dari Terengganu secara sambilan untuk meraih pendapatan sampingan dan mengumpul duit untuk mendirikan rumah tangga.

“Sebenarnya hampir dua minggu dah saya berniaga keropok lekor crispy ini dan menyarung poster yang dibuat sendiri. Tapi hanya Isnin lalu saya tahu gambar itu viral. Ia diambil oleh pengguna jalan raya ketika saya berhenti di persimpangan lampu isyarat.

“Ketika itu saya dalam perjalanan ke tempat kerja di Bangi. Sejak berniaga, saya sarungkan poster setiap kali nak ke tempat kerja… kiranya ‘marketing’ secara tak langsung. Tak sangka pula viral,” kata pemuda berusia 26 tahun ini.

 

Alhamdulillah, sambutan agak menggalakkan… tak menang tangan juga nak balas setiap mesej yang masuk. Saya minta maaf jika ada terpaksa ambil sedikit masa untuk balas satu persatu.

TAWFIQ AZMI

PENIAGA KEROPOK LEKOR

Menurut Tawfiq, keadaan ekonomi ketika ini membuatkannya tergerak hati untuk berniaga secara sambilan bagi mengumpul wang untuk mendirikan rumah tangga.

“Sejak gambar tersebut viral, saya terima banyak mesej memandangkan pada poster itu saya selitkan nombor telefon untuk mudahkan orang buat pesanan.

“Alhamdulillah, sambutan agak menggalakkan… tak menang tangan juga nak balas setiap mesej yang masuk. Saya minta maaf jika ada terpaksa ambil sedikit masa untuk balas satu persatu.

Tawfiq melakukan perkhidmatan penghantaran keropok lekor di sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Desa Pinggiran Putra mengikut kelapangan selepas waktu bekerja tamat.

“Selain ada orang order, ada juga yang niat bersedekah… mereka bank-in wang dan minta saya sedekahkan kepada insan lain. Namun tak kurang juga ada yang tanya bila nak kahwin dan turut mendoakan agar urusan saya dipermudahkan,” ceritanya sambil menambah, dia masih belum menetapkan tarihk perkahwinannya buat masa ini.

Dalam pada itu, Tawfiq mengakui pada peringkat permulaan dia sendiri berasa agak segan untuk menyarung poster berkenaan.

Namun perasaan itu diketepikan kerana memikirkan tujuannya yang hanya mahu mencari rezeki, selain kaedah itu bukan lagi asing pada ketika ini.

Antara komen netizen yang rata-ratanya memuji usaha Tawfiq mencari rezeki.

“Ada juga yang pandang-pandang… tapi buat tak tahu saja, sebab saya pakai topi keledar, jadi orang tak kenal sangat. Ada juga abang-abang motor bertanya kalau sama-sama sedang tunggu lampu isyarat.

“Selain poster, saya juga buat hebahan menerusi akaun media sosial peribadi. Mungkin selepas ini saya akan buat akaun khas untuk bisnes keropok lekor.

“Pendek kata, sambutan agak menggalakkan dan saya bersyukur untuk itu. Bagi saya, ketika ini waktu sesuai ‘all out’ untuk mencari rezeki, memandangkan masih muda dan bertenaga,” katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*