Perintah Bayar Ganti Rugi RM89,144.03, Nelydia Senrose Fail Rayuan

Pelakon, Nelydia Senrose memfailkan rayuan selepas Mahk4mah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkannya untuk membayar ganti rugi berjumlah RM89,144.03 kepada Chriszen Malaysia Sdn Bhd.

Menerusi carian sistem mahk4mah, Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 26, selaku perayu, menyatakan Hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf terhadap fakta bahawa Perjanjian Duta Jenama bertarikh 21 Disember 2018 telah dipenuhi dan pihaknya masih dalam tempoh untuk menyempurnakan terma perjanjian yang belum tamat tempoh.

Dalam rayuan yang difailkan di Mahk4mah Tinggi di sini pada 26 Oktober lalu, Nelydia selaku perayu menyatakan bahawa hakim terkhilaf dalam membuat keputusan tersebut apabila gagal memberikan pertimbangan wajar bahawa perayu telah melaksanakan kewajipannya dalam perjanjian yang dimeterai.

Heroin filem ‘Jebat’ itu juga mengatakan, hakim terkhilaf apabila memutuskan bahawa perayu perlu membayar ganti rugi terhadap majlis responden (acara pelancaran produk) sedangkan syarikat itu telah menerima notis dan mengetahui ketidaklapangannya untuk menghadiri majlis tersebut.

Dalam pada itu, Chriszen Malaysia selaku responden dalam rayuan balas semalam mendakwa hakim terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta dengan secara salah memutuskan bahawa kos perkhidmatan sebanyak RM62,275 yang diberikan kepada syarikat bukan sepenuhnya seperti yang dituntut oleh responden sedangkan perayu harus mengembalikan kesemua kos perkhidmatan iaitu RM102,275.Syarikat kosmetik itu juga mendakwa bahawa hakim tidak mengambil kira apabila hanya memberikan jumlah ganti rugi khas sebanyak RM16,869 dan ganti rugi am sebanyak RM10,000 sedangkan responden memohon bagi kedua-dua ganti rugi itu RM61,702 kerana mengalami kerugian dan hilang reputasi. Hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar, Nurliana Ismail melalui prosiding atas lain (e-review).

Pada 13 Oktober lalu, Nelydia Senrose diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM89,144.03 kepada Chriszen Malaysia Sdn Bhd selepas syarikat kosmetik berkenaan memenangi kes sam4n, berhubung perlanggaran perjanjian sebagai duta jenama produk kecantikan Chriszen, tahun lalu. Dalam penghakimannya, Shamsudin berkata, Nelydia tidak ikhlas dalam melaksanakan tugasnya sebagai duta jenama produk kecantikan berkenaan. Menurutnya, mahkamah mendapati defendan lebih mengutamakan bulan madu perkahwinannya daripada mematuhi perjanjian duta jenama berkenaan. Maka katanya, mahkamah mendapati alasan sebenar mengapa beliau tidak menghadiri acara pelancaran produk Chriszen adalah kerana bulan madu dan bukan kerana plaintif (Chriszen) tidak memberi notis secukupnya.

Sumber: Sinar Harian

Foto: Instagram Nelydia Senrose

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*