Kemelut Politik Perak dianggap selesai, Sekali Sultan Nazrin Bertitah ia cerminan kegagalan

KUALA LUMPUR: Kemelut pelantikan Menteri Besar Perak yang baharu selesai apabila Pas dan Bersatu bersetuju menyokong calon yang dikemukakan UMNO, Datuk Saarani Mohammad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan.

Dalam satu kenyataan bersama, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa; Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perbincangan yang berlangsung sebentar tadi turut mencapai kata sepakat mengenai pelantikan-pelantikan lain dalam kerajaan negeri.

Jelas kenyataan itu, ketiga-tiga parti turut bersepakat memperkukuhkan lagi kerjasama dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perak dan di peringkat nasional demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat.

“Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi disertai sama Setiausaha Agung ketiga-tiga parti pada hari ini telah mengadakan perbincangan mengenai pembentukan kerajaan negeri Perak.

“Dalam perbincangan ini, Pengerusi BN telah menyampaikan pernyataan maaf bagi pihak ADUN-ADUN BN Perak di atas kekhilafan yang berlaku.

“Atas semangat pemuafakatan PN, ketiga-tiga parti telah bersetuju untuk mencadangkan Saarani sebagai Menteri Besar Perak yang baharu untuk diperkenankan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah,” katanya.

“Cerimnan Keg4galan”

Istiadat pelantikan Adun Kota Tampan, Saarani Mohamad sebagai menteri besar Perak yang ketiga, sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah cerminan kegagalan dan bukannya kejayaan, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Menurut baginda, istiadat kali ketiga yang mencatatkan sejarah baru itu tidak pernah berlaku dalam sesuatu penggal Dewan Undangan Negeri Perak sebelum ini.

“Tetapi perkara ini bukanlah sejarah yang mahu dibanggakan; perkara yang berlaku akan tercatat dalam sejarah sebagai cerminan kegagalan dan bukannya kejayaan.

“Kegagalan kepimpinan dalam kalangan ahli-ahli politik mendapat jaminan sokongan padu secara konsisten untuk membolehkan fikiran dan tenaga ditumpukan mentadbir urus negeri secara terbaik bagi kepentingan rakyat,” titah baginda di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, hari ini.

Sebelum pelantikan Saarani hari ini, Ahmad Faizal Azumu yang mewakili Bersatu telah mengangkat sumpah jawatan menteri besar sebanyak dua kali, pertama pada tahun 2018 selepas PRU14 sebagai ketua kerajaan Pakatan Harapan. Dia sekali lagi pada Mac tahun ini mengangkat sumpah jawatan sebagai ketua kerajaan Perikatan Nasional pula.

Ahmad Faizal digulingkan setelah gagal mendapat sokongan dalam usul undi percaya di DUN Perak minggu lalu.

Sultan Nazrin bertitah, semua Adun dipilih kerana rakyat mempercayai mereka dan meletakkan harapan bahawa mereka akan dapat membantu untuk menambah baik kawasan tempat tinggal penduduk dan membantu menyediakan pelbagai keperluan dan perkhidmtan.

“Sama ada diwakili oleh Adun PN atau PH, sama ada orang Melayu, Orang Asli, orang Cina dan orang India, begitu juga penganut Islam, penganut Kristian, penganut Hindu dan pengikut Buddha, serta yang berpegang kepada pelbagai kepercayaan, mempunyai keperluan yang sama, menanggung penderitaan yang sama, memiliki harapan yang sama, men4gih perhatian yang sama.

“Semua rakyat di negeri ini, Melayu, Orang Asli, Cina, India; Islam, Kristian, Hindu dan Buddhist, ialah makhluk ciptaan Ilahi; kesemua mereka rakyat Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak; kesemuanya mahukan sebuah negeri yang aman lagi makmur, dengan pemerintahan yang melaksanakan keadilan dan membina kerukunan, agar rakyat hidup dalam semangat saling menghormati penuh harmoni,” titah baginda.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*