“Mulia Hati Adik Ni”, Sanggup Cari Fauzi Nawawi Hanya Disebabkan Ini

Pelakon Fauzi Nawawi berkongsi cerita mengenai dirinya yang sering mengalami masalah terlupa untuk mengisi petrol selepas membuat pembayaran di stesen minyak.
 
Menurut Fauzi, 47, kejadian sama berulang lagi semalam apabila dirinya berkunjung ke sebuah stesen minyak di Grand Saga 3, Kajang, Selangor.
 
“Hari ini dah kali keempat jadi macam ni. Masuk stesyen minyak bayar duit beli air tin, lepas itu masuk kereta terus jalan.
 
“Sampai separuh jalan baru teringat minyak tak isi pun tapi duit dah bagi. Korang pernah jadi tak? Nak pusing balik memang tak mungkin sebab dah masuk lebuh raya..dah paksa hati untuk reda,” katanya menerusi satu entri di Instagram.
 
Bagaimanapun, lain pula kisahnya semalam apabila Fauzi memberitahu, dia terkejut selepas menerima direct message (DM) daripada pekerja stesen tersebut yang mahu memulangkan wangnya semula.
“Tak sangka pula malam-malam ini ada hamba Allah yang sanggup cari saya di Instagram untuk pulangkan balik.
 
“Memang jujur dan mulia hati adik ni. Kalau orang lain mungkin dah halalkan sendiri,” ceritanya.
Dalam entri tersebut Fauzi turut memuat naik paparan tangkap layar mesej individu yang dikenali sebagai Zahrina.
 
Pekerja tersebut meminta nombor akaun Fauzi untuk urusan memulangkan semula wangnya.
“Salam encik, tadi ada datang Petronas Grand Saga 3 berdekatan MRT Bukit Dukung, encik lupa isi minyak.
 
“Abang bagi nombor akaun saya boleh transfer (pindahkan wang),” tulis individu berkenaan.
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by FauziNawawi (@fauzinawawi2020)

 
Pada masa sama, Fauzi turut menzahirkan ucapan terima kasih atas sifat terpuji yang ada pada pekerja tersebut.
 
“Terima kasih @yna_naim Zahrina kerana sikap amanah dan kejujuran awak hanya Allah mampu membalas budi baik dan keikhlasan hati awak,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*