“polis Jumpa Video Saya Bersama Rakan Sambut Birthday Dai Syed,” Ratu Balqis Dipanggil Polis

Penyanyi Ratu Balqis menafikan menjalin hubungan istimewa dengan pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful apabila dirinya dipanggil polis untuk memberikan keterangan.

Ratu Balqis yang juga bekas peserta program realiti, Mentor Milenia 2017, memberitahu, kehadirannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, tengah hari tadi, adalah bagi membantu si4satan.

“Saya dipanggil ke IPD Petaling Jaya tengah hari tadi untuk memberi keterangan bagi membantu si4satan pihak polis terhadap d4kwaan ke atas Syed Shah Iqmal.

“Polis temui rakaman video saya bersama dua lagi rakan menyambut hari jadi Syed Shah Iqmal di sebuah kafe di sini, pada 21 November lalu.

“Ia tidak lebih dari itu… Dia hanya rakan selebriti kerana kami berkecimpung dalam bidang yang sama. Saya penyanyi dan dia baru mengeluarkan single,” katanya.

Balqis memberitahu, dia menghabiskan masa kira-kira sejam di IPD Petaling Jaya.

“Alhamdulillah, semuanya lancar dan saya dilayan baik. Ketika diberitahu perlu beri keterangan, saya agak terkejut.

“Pastinya kita gementar tetapi syukur tiada apa yang mahu dirisaukan… Saya tidak buat salah apa-apa,” katanya yang ditemani pengurusnya Muhamad Firdaus Ibnil Hajar ketika tampil di IPD Petaling Jaya.

Mengulas perkenalannya dengan Syed Shah Iqmal, penyanyi berusia 21 tahun itu berkata, dia mula mengenali pendakwah itu, Oktober lalu.

Dalam perkembangan lain, Balqis yang giat mempromosikan single terbaru berjudul Buaya menyertai program realiti, Lagu Cinta Kita musim kedua yang disiarkan TV3 setiap Ahad, jam 9 malam.

Terdahulu, bekas peserta program realiti Mentor Milenia 2017 itu berkata, dia kini lebih bersemangat dengan adanya single Buaya yang menjadi titik tolak untuk dirinya terus maju dalam bidang nyanyian.

“Saya tak mahu bersedih dan semakin fokus dengan kerjaya. Single Buaya adalah bukti saya serius untuk terus menyanyi. Jujurnya, nyanyian adalah jiwa saya.

“Saya menunggu hampir 10 tahun untuk menghasilkan single. Saya pernah menyertai banyak syarikat rakaman, tetapi semuanya tak menjadi selepas keluar program Mentor Milenia pada 2017. Alhamdulillah, sekarang baru berpeluang ada single sendiri,” katanya.

Mengulas kisah di sebalik single Buaya, Ratu Balqis menafikan ia berkisarkan bekas suaminya. Bagaimanapun, penyanyi berusia 21 tahun itu tidak menolak, ia ditulis berdasarkan pengalamannya.

“Sudah tentu ia dari pengalaman sebagai wanita. Takkanlah seseorang tak pernah berjumpa dengan buaya?. Sememangnya, lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman saya, tetapi orang yang dimaksudkan bukan bekas suami,” katanya yang masih bekerja sebagai setiausaha.

Single Buaya ciptaan dan lirik oleh Iqie Hugh, Shaqiel Naufal, Balqis dan Mimi Fly. Ia boleh didengari di semua platform digital.

Sebelum ini, Ratu Balqis mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohd Hakimi Ikmal pada November 2017, bagaimanapun perkahwinan mereka hanya bertahan selama dua tahun. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Mohd Hamka Iman.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Yoy Network

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*