Baru je bantu keluarga tidur dlm kereta, sekali pasukan Ustaz Ebit terlibat dlm kmalangan yg agak teruk

Pasukan Media Ebit Lew K3malangan

“Sedih rasa. Pohon doakan 3 orang team media kami kem4langan baru sekejap ini. Doakan selamat semuanya. Merekalah yang merakamkan untuk program Jejak Ebit Lew.

“Tadi kami 4 kereta ke Penang membantu abang sekeluarga yang 8 bulan tidur dalam kereta. Semasa sama-sama balik ke kl. Betul-betul lorong kanan smart tag lepas tol jalan Duta. Tiba-tiba ada kereta dari kiri uturn ke kanan. Estima mereka cuba elak menyebabkan mel4nggar divider tengah jalan.

“Sekarang saya di Hospital Gleneagles menanti ketiga-tiga team buat ct scan. Doakan semuanya baik dan selamat. Doakan Teyha,Azrin dan Ijad semuanya selamat dan baik-baik ajer. Sedih dengar mereka mengerang s4kit – ebitlew

Terdahulu, Keperitan hidup S.Ganesh serta keluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selama lapan bulan di sekitar Padang Polo di sini mendapat perhatian daripada penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang meluangkan masa menziarahi keluarga berkenaan hari ini.

Perkara itu dikongsikan Ebit menerusi satu hantaran di laman sosial Facebooknya selain menyifatkan tidak mampu menahan sebak ketika bertemu S.Ganesh, 34, isteri, Parameswary, 32 dan tiga anak mereka berusia antara enam tahun hingga 8 bulan.

Dalam statusnya, Ebit berkata, beliau sebak ketika membaca mengenai kisah Ganesh hari ini.

“Cuti umum Krismas dari Johor Bharu terus saya ke Pulau Pinang. Menangis sebak hari ini masa di Johor Bharu terbaca pasal Ganesh dan isteri, Parameswari serta tiga anak kecil yang tidur lapan bulan di dalam kereta.

“Sedihnya rasa. Saya tidur lena makan sedap, ada orang sampai tinggal dekat bonet kereta. Berpantang baru lepas bersalin hanya dalam kereta sahaja,” katanya di laman Facebook beliau hari ini.

Kosmo! hari ini menyiarkan kisah Ganesh dan keluarganya yang terpaksa tinggal di dalam kereta jenis Proton Iswara sejak lapan bulan lalu selepas kediaman mereka mu-snah terb4kar.

Lima beranak berkenaan juga menggunakan bekalan air di tandas-tandas awam untuk membersihkan diri serta memasak untuk anak-anak mereka.

Menurut Ebit beliau membantu keluarga berkenaan dengan menyewa sebuah rumah dengan tiga bilik untuk keluarga Ganesh.

“Saya akan bayar sewa rumah untuk sebulan sementara mereka dapat rumah Projek Perumahan Rakyat (PPRT).

“Mereka telah dua kali mohon semenjak rumah terbakar, tetapi jika mereka terus ingin terus di situ pun saya akan terus bayarkan dengan gembira,” katanya.

Tambah Ebit beliau turut menghadiahkan peti ais, mesin basuh, televisyen, periuk nasi, kipas, katil, barang keperluan serta wang untuk dibelanjakan keluarga berkenaan.

“Baik sangat pasangan ini, tidak berhenti Ganesh dan isteri ucapkan terima kasih dan mereka menangis terharu.

“Kata mereka kenapa banyak sangat dan mereka suka sangat tengok rumah, saya gembira dapat tengok senyuman anak-anak comel,” katanya

Dalam perkembangan terkini, pasukan media Ebit Lew yang dalam perjalanan pulang telah terlibat dengan kmalangan berhampiran tol jalan duta

Sumber : http://trendinggiler.pw/2020/12/26/kurang-24-jam-bantu-keluarga-tidur-dlm-kereta-sekali-team-ustaz-ebit-terlibat-dlm-kmalangan/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*