Dalam sungai hingga puncak bukit, semua redah demi hasil wow! Jurugambar dedah berguru setahun selepas dikec4m ‘editing terlamp4u nampak men!pu’

 

BUKAN sekadar di atas pelamin, namun jurugambar ini pernah membuat photoshoot di dalam sungai sehinggalah ke atas bukit.

Malah, rakaman memaparkan sesi photoshoot bertemakan Puteri Perak yang dilakukan di Sungai Karak, Pahang oleh Mohamad Amirullah Mohd Nisham turut mencuri perhatian ramai.

Bercerita kepada mStar, jejaka berusia 25 tahun yang mesra disapa Amir itu mendedahkan sesi penggambaran berkenaan sebenarnya dilakukan pada tahun lalu.

Namun, video itu baru sahaja tular memandangkan dia mula aktif berkongsi hasil karyanya menerusi TikTok sejak sebulan yang lalu.

“Saya sebenarnya mula aktif di TikTok sejak bulan lepas, bosan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Jadi saya kongsi video shoot dalam sungai. Ia merupakan kolaborasi dengan jurumekap (MUA) serta team bridal.

Lepasan IKBN ini sudah empat tahun berkecimpung sebagai jurugambar.

“Agak mencabar, tapi ia dibuat atas permintaan mereka. Tapi saya buat je sebab dah dilatih masa belajar dulu,” jelasnya.

Menurut Amir, dia juga ada terfikir mengenai gangguan mistik kerana melakukan penggambaran di dalam hutan, namun bersyukur tiada kejadian aneh berlaku.

“Setakat ni tiada benda seram berlaku. Tapi masa tu ada juga terfikir. Sebab kita dekat sungai, jadi macam takut sikit.

 

Dulu saya pernah kena kecam kerana gambar tak lawa. Setahun saya cari guru dan belajar balik. AMIR

“Yelah, dengan model-model berpakaian macam tu. Tapi Alhamdulillah tiada perkara buruk berlaku. Kami pergi pun beramai-ramai,” jelasnya.

Selain penggambaran di dalam sungai, satu lagi video sesi photoshoot di puncak Bukit Senorang, Bera yang dilakukan Amir bersama pasukannya turut tular.

Jelas Amir, pengalaman itu mencabar buat dirinya memandangkan mereka terpaksa memikul kelengkapan kamera sambil mendaki bukit.

Penggambaran bertemakan Puteri Perak pada tahun lalu.

“Yang di atas bukit tu pada penghujung Julai tahun lepas. Mula-mula kami naik menggunakan pacuan empat roda, separuh jalan lagi kami daki sendiri.

“Mencabar juga. Pikul kelengkapan sama-sama. Sepatutnya nak shoot awan karpet, tapi kami lambat.

“Masa tu kami pergi waktu pagi, selepas Subuh,” ujarnya.

Menurut Amir yang juga lepasan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), dia terharu dengan respon positif serta sambutan baik yang diterima di TikTok.

Antara foto yang pernah dihasilkan oleh Amir.

Malah katanya, ia bagaikan satu platform untuknya memperkenalkan lagi bakat diri.

“Rasa terharu tengok ramai orang follow. TikTok ni macam platform pemasaran baharu. Saya pun ada dapat client dari TikTok.

“Dulu takut juga nak install, orang fikir negatif. Tapi sekarang saya dah cuba, ia satu platform yang bagus.

“Setakat ni tiada kecaman diterima. Cuma orang bergaduh mengenai photoshoot saya. Ada pula yang kata itu Puteri Perak, ada yang kata Puteri Gunung Ledang,” ujarnya berseloroh.

Imbas Amir, dia bagaimanapun pernah menerima kecaman di Facebook dua tahun lalu.

Amir menjadikan kecaman diterima dua tahun untuk dia terus belajar dan memperbaiki kemahiran.

“Dulu saya pernah kena kecam kerana gambar tak lawa. Setahun saya cari guru dan belajar balik, saya cuba perbaiki diri.

“Dulu editing saya terlampau nampak menipu. Sebab tu saya ada juga buat video perbandingan gambar saya yang dulu dan sekarang menerusi TikTok.

“Pada saya, kalau ada sesiapa mahu jadi jurugambar, kena ada minat. Pakai telefon pun boleh.

“Masa saya bermula dulu, enam bulan pertama saya pinjam kamera kawan,” ujarnya lagi.

Dedah Amir, dia juga menerima pelanggan di serata tanah air namun sehingga kini belum berkesempatan melebarkan sayap kerjanya ke Sabah dan Sarawak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*