Akhirnya teka teki terjawab, Sari Yanti buka mulut jawab persoalan dirinya hamil atau tidak

Pelakon Sari Yanti, 37, berkongsi berita gembira kepada umum yang kini dia sedang ham1il.

Sari berkongsi hal tersebut menerusi Ask Me A Question yang dimuatnaik di Instagram Stories, semalam.

“Betul ke kak Sari mengandung lagi,” tanya individu yang tidak diketahui identitinya.

“Lebih dari 50% soalan ini. Ya betul kak Sari mengandung. Alhamdulillah,” jawab Sari.

Tambah pemilik nama Sari Yanti Mohamad Nazari, ini adalah kandungan yang ketujuh selepas dia mengalami dua kali kegvguran.

“Ini kehamqilan yang ketujuh sebenarnya,” katanya merujuk kepada soalan sama ada ini kandungan yang ketiga.

Dalam pada itu, pelakon drama Kisah Kaisara turut menyatakan dia tidak ada mengambil sebarang suplemen sepanjang hami1l.

“Nak tanya akak Sari sepanjang mengandung ini ada tak ambil suplemen apa-apa?” tanya netizen.

“Vitamin yang doktor bagi ja. Lain tak ambil,” balasnya.

Sebelum ini, timbul teka teki yang mengatakan Sari sedang berbadan dua selepas dia berkongsi foto bersama aktres Scha Alyahya di Instagram (IG).

Namun, spekulasi itu tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Sari berkahwin dengan pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu pada 25 Februari 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Dariya Inara dan Muhammad Khidir.

Sari juga mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq menerusi perkahwinan terdahulu.

Sumber : GEMPAK

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://mediabawang.net/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*